Page 27 - eDinamik
P. 27

UiTM JOHOR – MENCORAK PERUBAHAN,  MELAKAR DESTINI
                             Prof. Madya Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar




          Pendidikan merupakan wasilah pembangunan bangsa dan negara, di mana modal insan adalah
          sumber kecemerlangan bakat bagi mempelopori aspirasi Malaysia ke arah negara maju
          berpendapatan tinggi. Mengambil pedoman dari falsafah Universiti Teknologi MARA (UiTM)
          bahawa setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta
          penerapan nilai-nilai murni agar menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan
          ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan negara, UiTM Johor komited menggalas amanah
          dalam penghasilan graduan yang menyumbang kepada sektor ekonomi negara amnya dan
          negeri Johor khususnya.
          UiTM Johor boleh berbangga kerana sejak penubuhannya pada 15 Disember 1983 dengan
          jumlah pelajar sekitar hanya 400 orang ketika itu, ribuan graduan Bumiputera yang
          dihasilkannya kini telah pun menjadi aset terpenting negara di pelbagai sektor industri, sama
          ada awam mahu pun swasta. Selaras dengan dasar tadbir urus korporat baru, UiTM Johor
          berpengalaman mengendalikan majlis konvokesyennya di Kampus Segamat. Jika disoroti
          sejarah awal penubuhan yang pada ketika itu hanya menyewa bangunan kedai di sekitar Bandar
          Segamat, UiTM Johor hakikatnya telah melalui susur galur unik dan mencabar. Mula berpindah
          ke kampus tetapnya pada 1 Jan 1990, sehinggalah pekan Segamat kini telah diangkat statusnya
          menjadi perbandaran, lokasi UiTM Kampus Segamat di pinggir bandar sentiasa berdepan
          cabaran persepsi terhadap keupayaan dan keberhasilannya selaku sebuah Universiti.
          UiTM Johor terus berkembang pesat dengan pembukaan sebuah lagi cawangan kampus
          tetapnya di Pasir Gudang, pada Mei 2014. Kampus modEncik yang dibangunkan secara konsep
          Inisiatif Pembiayaan Swasta atau Private Finance Initiative (PFI) ini dilengkapi segala bentuk
          infrastruktur canggih menawarkan program kejuruteraan (mekanikal, elektrikal, awam dan kimia)
          selain program Pengurusan dan Perniagaan (dengan pengkhususan dalam bidang
          pengangkutan) bermatlamat memperkukuh penghasilan modal insan Bumiputera dalam bidang
          profesional secara berterusan. Dengan jumlah pelajarnya sekarang hampir mencecah 10, 000
          orang, UiTM Johor amat berbangga kerana mendapat sokongan padu dan berterima kasih
          kepada pengurusan tertinggi UiTM, YB Menteri Pengajian Tinggi, Kerajaan Malaysia, rakan
          strategik seperti pihak alumni, pemain industri, penyumbang dana dan semua pihak berkaitan
          yang telah membawa UiTM Johor sehingga ke tahap ini.
          Kampus Simfoni Alam, Digital dan Bestari
          Bersesuaian dengan Kampus Segamat yang lokasinya di kelilingi alam semula jadi, tema
          Simfoni Alam telah diangkat sebagai identiti UiTM Johor. Kini, selepas melewati tiga dekad
          beroperasi, mengambilkira perkembangan teknologi dan pembukaan Kampus Pasir Gudang,
          UiTM Johor melakukan penjenamaan semula yang secara dasarnya masih mengekalkan
          konsep sedia ada, dengan menambah dua lagi elemEncik iaitu “digital” dan “bestari”.
          Pada hemat penulis, adalah satu kemestian bagi setiap warga UiTM Johor di kedua-dua kampus
          Segamat dan Pasir Gudang memahami setiap keutamaan yang telah digariskan di dalam
          Amanat Tahun Baru Naib Canselor 2019 demi menyerlahkan keupayaan sumber modal
          keintelektualannya.  Pada masa yang sama, tema Simfoni Alam, Digital dan Bestari harus
          tersisip atau terjalin kemas di segenap aspek perancangan dan pelaksanaan strategi yang
          dibuat.






   18
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32