Page 28 - eDinamik
P. 28

“Simfoni alam” merujuk kepada usaha berterusan bagi mencakna keunikan alam semulajadi Kampus,
        keharmonian persekitaran dan kesalingan hubungkaitnya dengan insan dan keagungan Tuhan, ke
        arah masa depan yang lestari. Konsep “digital” pula berpaksi kepada usaha memupuk keutuhan,
        kreativiti dan eko-sistem kampus yang bersifat inovatif untuk semua pihak berkepentingan dalaman
        dan luaran Universiti. Manakala, “bestari” pula berkait dengan usaha menyemarak proses Pengajaran
        & Pembelajaran, Penyelidikan & Inovasi, Khidmat Masyarakat dan Penyampaian Perkhidmatan
        berpaksi kepada keintelektualan, dan kepelbagaian kecemerlangan bakat.

        Mendalami kedua-dua mesej Perutusan Tahun Baru Menteri Pengajian Tinggi dan juga Amanat Tahun
        Baru Naib Canselor UiTM 2019 yang yang berfokus kepada ‘memperkasakan UiTM ke arah
        penghasilan berimpak tinggi bagi manfaat masyarakat’, perancangan tahunan UiTM merangkumkan
        aspek teras dan strategi pelaksanaan. Justeru, bagi tahun 2019, UiTM Johor telah menggariskan 9
        Keutamaan Strategik yang mengambil petunjuk dari 9 Inisiatif Kecemerlangan UiTM. Seterusnya,
        langkah penandaarasan dan pengukuran khusus dirangka bagi menentusahkan prestasi pencapaian
        UiTM Johor. Demi merealisasikan keberhasilan perancangan dan pelaksanaan strategi, kesemua 11
        inisiatif khas projek berimpak bagi sepanjang tahun 2019 telah digariskan. Pendekatan strategik yang
        sangat unik telah diambil ialah dengan menggembleng segenap kekuatan dan keupayaan warga staf
        samada pensyarah, pentadbir mahupun pelajar, secara merentas Jabatan dan Unit dengan
        penglibatan pihak berkepentingan luar Universiti.




















        Merealisasi Impian

        UiTM Johor kini berada di landasan yang kukuh untuk terus melakukan lonjakan lantaran memiliki
        segala resipi demi melakar lebih banyak kejayaan berbekalkan ilmu, skill sets, kepakaran dan sikap
        yang mendambakan keunggulan. Ditambah pula dengan sokongan berterusan dari pengurusan induk
        UiTM dan Kerajaan, tentu sahaja hampir tiada sebab untuk warga UiTM Johor mengelak diri dalam
        menjayakan agenda yang telah digariskan. Dengan pelbagai strategi dan pendekatan yang diatur
        secara kemas, bijaksana dan terancang, penulis berasa amat yakin bahawa UiTM Johor mampu
        menjadi agEncik pencetus dan penggerak gelombang kecemerlangan. UiTM Johor juga beriltizam
        untuk berperanan secara lebih strategik mengambilkira perubahan-perubahan persekitaran yang
        berlaku khususnya di negeri Johor. Menyedari hakikat bahawa kita tidak mampu bertindak sendirian,
        UiTM Johor akan membuka dimensi baru dengan berkerja lebih rapat bersama-sama agensi
        Persekutuan, Negeri dan Daerah yang berkaitan, selain rakan strategik dari industri dan universiti
        luar. Melalui usaha-usaha ini, adalah diyakini bahawa UiTM Johor berupaya mencetus impak yang
        lebih besar ke arah kejayaan wawasan negara.      UiTM Johor, Simfoni Alam, Digital & Bestari –
        Mencorak Perubahan, Melakar Destini!
                                                                                                       19
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33