Page 33 - eDinamik
P. 33

Terkedu aku disapa Encik Sarif yang melihatkan aku seolah-olah bermonolog sendirian, aku di
          beri palet kecil rupanya seperti makanan ikan emas piliharanku dirumah cuma warnanya cokelat
          dan baunya seperti minyak ikan , katanya ini makanan anak ikan siakap, manakala yang palet
          yang sebesar duit sepuluh sen pula untuk makanan ikan siakap yang besar. Menurut Encik
          Sarif lagi, ikan siakap dikenali dengan bahasa saintifiknya Lates Calcarifer, ia merupakan ikan
          pemangsa yang mendiami air sungai dan air laut. Ikan siakap liar yang tidak diternak
          menjadikan crustacean, moluska dan ikan kecil sebagai dietnya. Katanya lagi, ikan siakap
          merupakan ikan euryhaline tetapi stenothermal di mana ia mendiami kawasan sungai dan
          berhijrah ke muara atau kuala untuk membiak, jadi tidak hairanlah Laguna Gong Batu ini
          menjadi medan perternakan ikan siakap yang paling baik di Malaysia kerana struktur muara dan
          kawasan yang sesuai untuk perternakan dan pembenihan ikan siakap. Kagum aku melihat Encik
          Sarif berkata-kata kerana anak muda ini mempunyai Ijazah dalam Pengurusan Operasi, namun
          pengalaman dan pengetahuannya dalam bidang peternakan perikanan yang jauh dari apa yang
          di belajar membuatkan dirinya sering menjadi rujukan para penyelidik terutama dari bidang sains
          Marin Universiti Malaysia Terengganu. Senyuman terukir dibibirku bangga ada anak bangsa
          sepertinya yang tidak lokek berkongsi ilmu padaku. palet di tanganku di lemparkan ke sangkar,
          palet ini di import dari Taiwan kerana kandungan nutrisinya tinggi terdiri dari soya, ia diproses
          menggunakan teknologi yang canggih dan kalau mahu isinya padat dan cepat membesar, palet
          ini akan diberi dua kali sehari pagi dan petang. Ibarat vitamin kedalam tubuh kita, sekiranya
          mahu sihat dan kuat kenalah ambil makanan tambahan. Sewaktu aku melemparkan palet
          kedalam sangkar, aku terkejut melihat kocakan air yang begitu kuat, rupa-rupanya sang kakap
          (ikan siakap) sedang berebut-rebut palet yang jatuh ke dalam sangkar. Melihat gelagat sang
          kakap membuatkan aku ketawa dan terhibur       kerana, mereka begitu bersungguh-sungguh
          bersaing diantara satu sama lain untuk makan, ikan siakap bukanlah sepsis yang agresif
          bagaimanapun ia akan memberi tindak balas yang mengejut apabila diusik atau ditangkap.
          Jangan sesekali menangkapnya menggunakan tangan, walaupun nampak seperti tenang
          berenang, sekali ia berenang laju, mampu terbelahkan tangan dek kerana insangya yang tajam.
          Ku tinggalkan sang kakap dengan makanannya seketika untuk aku pulang ke daratan, kerana
          waktu senja kian mengunjung tiba. Petang itu aku belajar sesuatu bahawa menjadi seorang
          usahawan harus berani melawan arus, bumi Allah ini begitu luas tidak kira di daratan atau
          lautan, manusia di ciptakan dengan sebaik-baik kejadian untuk mencari rezeki di bumi ini dan
          kerana itulah kita harus sentiasa bersyukur dan memujiNYA ….SubhanAllah, hari esok aku
          harus pelajari lagi dan menyelongkar khazanah alam ini, azamku harus ku lunas kan untuk
          mecari jati diri seorang usahawan yang sebenar.


          Hari kedua, jam menunjukan 5.30 pagi, kalau di rumah aku masih lagi lena di buai mimpi, aku
          harus menyiapkan diriku kerana misi aku pagi ini adalah melihat bagaimana kehidupan
          pengusaha-pengusaha perternak ikan siakap disini meraih rezeki, selesai solat subuh aku sudah
          berada di jeti untuk naik ke sangkar peternak, aku tersenyum sendirian, tiada lagi solekan
          SimplySiti di wajahku, tiada lagi wangian Bodyshop ditubuhku dan Encik Sarif berkata kalau
          lewat nanti terlepas nak lihat matahari terbit kerana katanya rezeki akan murah kalau kita
          bangun pagi dan memulakan pekerjaan di awal subuh, sekali lagi bermonolog 6.00 pagi sudah
          memulakan kerja?.







   24
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38