Page 37 - eDinamik
P. 37

KISAH AUTISME FAHIM

                                                               Che’ Khalilah Mahmood
                                                                    Nor Haliza Hamzah

          Bulan April telah diumumkan sebagai bulan kesedaran autisme, namun masih ramai lagi yang
          kurang memahami apakah itu autisme. Majoriti masyarakat mempunyai tanggapan yang negatif
          terhadap kanak-kanak istimewa ini. Mereka dilihat sebagai kanak-kanak yang nakal, ganas dan
          sukar untuk dikawal, malahan tidak sebijak kanak-kanak normal yang lain. Namun, terdapat
          segelintir masyarakat yang berupaya melihat sisi lain kanak-kanak ini dimana mereka dianggap
          lebih bijak atau genius!. Jadi, apakah sebenarnya autisme?

          Austime atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan
          perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seseorang
          kanak-kanak dalam berkomunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku
          (Nursyazwani, 2018). Mengikut definisi ini, kanak-kanak yang mempunyai
          autisme berada di dalam sebuah spektrum. Spektrum? Teringat pula
          eksperimEncik sains semasa di sekolah dahulu dimana kita menghalakan cahaya
          ke sebuah prisma dan hasilnya adalah biasan cahaya yang mempunyai
          pelbagai warna yang cantik seperti pelangi. Begitulah gambaran yang tepat
          mengenai kondisi kanak-kanak yang mempunyai autisme. Ia adalah sebuah
          spektrum di mana setiap kanak-kanak yang mempunyai autisme mengalami
          keadaan, cabaran dan isu perkembangan yang berbeza.

          Ini adalah kisah Fahim, anak sulung saya yang berusia 7 tahun dan disahkan mempunyai ASD.
          Fahim dilahirkan seperti kanak-kanak yang normal yang lain. Namun, semakin usianya
          bertambah, naluri ibu merasakan perkembangan Fahim tidak seperti kanak-kanak lain. Pada
          usia tiga tahun, Fahim masih belum dapat berkomunikasi. Ya, Fahim boleh bercakap, tetapi tidak
          boleh berkomunikasi. Kenapa? Itulah persoalan yang selalu berada diminda. Kenapa Fahim
          susah untuk dikawal? Kenapa Fahim tidak pandai melakukan perkara yang mudah seperti
          makan dengan sendiri? Kenapa Fahim tidak pandai minum air menggunakan gelas? Kenapa
          Fahim sangat memilih makanan? Kenapa Fahim tidak mahu berkawan dan tidak memperdulikan
          kanak-kanak lain? Pelbagai persoalan yang semakin hari semakin bertambah timbul mengenai
          perkembangan awal Fahim, kerana Fahim amat berbeza dengan kanak-kanak seusianya. Tanpa
          disedari, sebenarnya, itulah di antara tanda-tanda autisme.


                  Maafkan mama Fahim kerana lambat bertindak.
          Ini adalah pengalaman pertama saya dan suami membesarkan anak, jadi pada mulanya kami
          tidak cakna mengenai autisme dan berharap perkembangan Fahim akan menjadi normal seperti
          kanak-kanak lain pada satu hari nanti. Namun sangkaan kami ternyata
          salah apabila Fahim masih lagi mengalami masalah yang sama walaupun
          sudah berusia lima tahun. Semasa di tadika, cikgu memaklumkan bahawa
          Fahim mempunyai masalah untuk belajar dan berkawan. Fahim tidak
          dapat mengikuti proses pembelajaran di tadika, walhal ketika di rumah
          Fahim sudah pandai membaca dan mengira. Selain itu, setiap pagi
          Fahim akan menangis seakan-akan tidak suka ke tadika. Tuhan sahaja
          yang tahu pergelutan yang kami hadapi setiap hari untuk menghantar
          Fahim ke sekolah sehinggalah kami mendapat nasihat daripada seorang
          doktor berdasarkan pemerhatian beliau terhadap Fahim. Setelah mendapat surat rujukan
          daripada doktor tersebut, maka bermulalah perjalanan kami untuk membantu Fahim. Maafkan
          mama Fahim kerana lambat bertindak. Sekarang kami lebih berpengetahuan mengenai autisme
          melalui pengalaman ini. Oleh itu, jika anda merasakan sebarang keraguan tentang
          perkembangan anak anda silalah bertindak segera untuk mendapatkan nasihat daripada doktor
          kerana kanak-kanak autisme perlu dibantu seawal mungkin bagi memperoleh kesan yang
          terbaik.
                                                                                                       28
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42