Page 34 - eDinamik
P. 34
Kalau dirumah, waktu sebegini, aku masih enak dibuai mimpi, namun sebagai seorang
usahawan mereka bukan sahaja harus cekal tetapi berdisiplin, ternyata fikiran aku selama ini
meleset, aku fikir jika bekerja sendiri, sukahatilah mahu bekerja pukul berapa, syarikat ini aku
yang punya. Mungkin kerana pemikiran ini, terjawab mengapa kadang kala sesuatu perniagaan
itu kurang berjaya. Mentaliti makan gaji seperti aku juga harus diubah untuk menjadi seorang
yang berdisiplin juga.
Hari ini hari bertuah kepadaku, kerana aku dapat melihat sendiri bagaimana proses
penghantaran ikan siakap kepada pemborong. Lori dengan muatan 1000 kilogram diubah suai
mempunyai tong ikan yang tersusun rapat dimana tong ikan ini mempunyai saluran oksigen dan
berais, ini kerana, ikan siakap akan diberi ubat pelali agar tidak agresif dan berada didalam
keadaan yang tenang sekiranya suhunya sekitar 16 darjah celcius. Ikan siakap yang seberat
400 gram – 600 gram dalam tempoh 12 bulan. Kadangkala, beratnya mencecah 1 kilogram
hingga 3 kilogram bergantung kepada lemak dan tahap pembesaran 18 hingga ke 24 bulan.
Ubat pelali yang diberikan tidak berbahaya kepada manusia kerana tidak mengandungi bahan
kimia, ianya diperbuat dari bahan botanik, dan kesannya hanya untuk melalikan siakap dari
bertindak agresif sepanjang proses penangkapan. Sebelum proses penghantaran, ikan siakap
akan digredkan mengikut berat dan juga saiz. Ini memudahkan proses penjualan dan
penentutan harga kepada peruncit. Setelah selesai, ikan siakap ini akan dimasukann dalam
tong-tong berisi air dan dihantar segar ke restoran dan hotel yang termuka di Kuala Lumpur.
Hari ini, sesuatu yang baru ku belajar, bukan sahaja kecekalan dan ketabahan sahaja
diperlukan, tetapi keintelektualan dan daya kreativiti diperlukan dalam perlaksanaan proses ini,
dimana lori ini diubah suai untuk memastikan proses dan kualiti ikan dihantar begitu juga proses
penggredan ikan memerlukan ketelitian agar kepuasan dari pihak pelanggan dapat dipenuhi.
Seminggu di Pengkalan Gelap Setiu, membawa seribu pengertian kepada kehidupan ini,
mengajar aku erti keinsafan ciptaan Allah S.W.T, ketabahan, kecekalan, jati diri dan juga displin
yang tinggi diperlukan. Sikap merendah diri dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang
kemungkinan menjadikan seorang usahawan perternakan ikan siakap mengungguli bidang
perternakan ikan tawar di Malaysia. Tidak sabar untuk berkongsi cerita bersama anak bangsaku,
semoga ianya menjadi pemangkin semangat dan motivasi kepada pelajarku yang ingin
menceburi bidang ini. Laguna Gong Batu, Setiu aku tinggalkan dengan seribu kenangan. Lubuk
emas ini menjadi medan kepada perternak untuk meraih rezeki, walaupun mereka bermandi
peluh dek panas mentari, aku percaya sumber semulajadi kurniaan yang tidak terhingga buat
umatnya. Aku tersenyum puas, menjumpai sesuatu pengalaman yang paling berharga.
Penulis di atas fiber (bot laju) untuk proses Proses Pelalian dan penangkapan ikan siakap.
pengkelasan ikan.
25