Page 42 - eDinamik
P. 42
FISA HEALTH
Zuraidah binti Ahmad, Nur Liyana binti Mohamed Yousop,
Nur’Asyiqin binti Ramdhan
Finance Student Association (FISA) UiTM Cawangan Johor (UiTMCJ) dengan kerjasama Hospital
Segamat dan Klinik Penawar UiTMCJ telah mengadakan program FISA Health pada 11 April 2019
(Khamis) bertempat di Dewan Sri Peria, UiTMCJ. Tujuan program ini diadakan adalah untuk
menggalakan warga UiTMCJ yang terdiri daripada pelajar dan staf menyumbang bakti kepada
masyarakat melalui kempen derma darah. Selain daripada itu, di antara tujuan lain program FISA
Health diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada warga UiTMCJ akan pentingnya
penjagaan kesihatan diri melalui pemeriksaan asas kesihatan. Pada tahun ini, terdapat tiga kaunter
atau bahagian utama telah dibuka untuk aktiviti FISA Health seperti di bawah:
Kaunter / Bahagian Klinik / Hospital
Saringan pemeriksaan asas Klinik Penawar UiTMCJ
Derma darah Hospital Segamat
Ceramah kesihatan Dr. Mohamad Ali Talib (Klinik Penawar UiTMCJ)
Dr. Mohamad Ali bin Talib telah memberikan ceramah kesedaran kepada pelajar akan pentingnya
penjagaan diri yang baik dari penyakit berjangkit dan kesan pengabaiannya kepada masyarakat
sekeliling. Tambahan lagi, aktiviti yang tidak sihat yang kian menular dalam kalangan remaja seperti
seks bebas, LGBT adalah sangat merbahaya dan membawa pelbagai penyakit berjangkit seperti
penyakit kelamin, AIDS dan sebagainya. Pengabaian penyakit-penyakit berjangkit ini akan membawa
kepada persekitaran yang tidak sihat dan mendatangkan impak yang negatif kepada masyarakat luar
amnya. Program FISA Health ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan oleh
warga UiTMCJ. Ini menunjukkan bahawa mereka amat prihatin akan kepentingan dan keperluan
menderma darah. Namun atas faktor kriteria pemilihan yang telah ditetapkan oleh pihak Hospital
Segamat iaitu, berat tidak kurang daripada 55 kilogram, warga UiTMCJ haruslah mendapatkan tidur
yang secukupnya sekurang-kurangnya 6 jam dan hanya penderma berdarah O sahaja yang diterima,
maka kutipan pada hari tersebut hanyalah setakat 42 bag darah sahaja. Namun, ini tidak
mematahkan semangat warga UiTMCJ untuk menderma pada masa akan datang. Sebagai pihak
penganjur, kami amat berbangga kerana warga UiTMCJ khususnya para pelajar dengan sukarela
telah tampil menderma darah dan menjalankan saringan asas kesihatan. Semoga aktiviti yang telah
dijalankan ini dapat memberi manfaat kepada semua warga UiTMCJ.
33