Page 43 - eDinamik
P. 43
PROGRAM INISTIAF REKTOR: BICARA CEO BERSAMA
DATO’ HAMIDAH NAZIADIN
Syamsyul Samsudin & Nik Nur Shafika Mustafa
Pada 30 November 2019 bertempat di UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah
berlangsung Inisiatif Rektor: Bicara CEO. Program tersebut telah dihadiri oleh hampir 1500
pelajar dan 100 kakitangan UiTM Johor. Bicara CEO ini telah disampaikan oleh Group Chief
People Officer CIMB iaitu Dato’ Hamidah Naziadin. Dato’ Hamidah telah mengupas topik yang
berkaitan tentang “IR 4.0: What Employers Look For?”. Pelbagai maklumat baru daripada
pihak industri dalam menggagahi IR 4.0 telah dapat dikongsikan bersama oleh beliau.
Personaliti beliau yang sangat menarik ditambah dengan keberkesanan berkomunikasi telah
membuatkan semua peserta program ini tidak berganjak dari tempat duduk selama 2 jam
program ini berlangsung. Semua hadirin sangat berpuas hati dengan apa yang telah
disampaikan oleh beliau. Program ini turut dirasmikan oleh Prof. Dr Arham Abdullah,
Pengarah, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Malaysia. Majlis menandatangani
Memorandum Perjanjian antara UiTM Johor dan CIMB Bank telah disempurnakan pada
penghujung sesi Bicara CEO. Perjanjian ini merupakan kerjasama diantara UiTM Johor dan
CIMB Bank di dalam penubuhan Big Data Lab di UiTM Johor. Turut hadir di dalam majlis
tersebut ialah Yang Bhg. Prof. Madya Dr Ahmad Naqiyuddin Bakar (Rektor UiTM Johor), Prof
Madya Hj. Kamel Taufiq Abd Ghani (Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik), Encik Richard
Bururu (Managing Director and Regional Head, Decision Management CIMB), Puan Mona
Abu Bakar (Director Group Human Resourse CIMB), Prof. Datin Dr Noor Habibah Hj Arshad
(Penolong Naib Cainselor (Infostruktur) UiTM) dan Prof Ts. Dr Haryani Haron (Dekan Fakulti
Sains Komputer dan Matematik).
34