Page 46 - eDinamik
P. 46
AKTIVITI KEMASYARAKATAN MEMBAWA KEBERKATAN
Ferri Nasrul, Mohd Khairul Ariff Noh, Mohamad Azwan Bin Isa, Ruziah A Latif,
Zaibedah Zaharum
Pada 1 Mei 2019 telah dijalankan aktiviti kemasyarakatan oleh Persatuan UiTM Charity Society (UCS),
UiTM Cawangan Johor bersama-sama dengan masyarakat Mukim Gemereh. Aktiviti gotong royong telah
dijalankan di beberapa kawasann iaitu kawasan Dewan Berata, Tadika Kemas Gemereh, Surau Kg
Berata dan Tanah Perkuburan Islam Kg Berata. Selain aktiviti gotong royong, pelbagai aktiviti lain turut
dijalankan seperti pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh pihak SEACO, pemeriksaan kanser
payudara dan perlawanan bola sepak. Program ini telah dirasmikan di Dewan Berata, Gemereh oleh
ADUN Jementah iaitu Tuan Tan Chen Choon, beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan
Tempatan, Kesejahteraan Bandar Dan Alam Sekitar Johor. Program bermula seawal 7.00 pagi dan tamat
sekitar jam 12.00 tengahari. Turut serta menyertai program tersebut adalah Timbalan Rektor Hal Ehwal
Pelajar (HEP) iaitu En. Mohd Khairul Ariff Noh dan penasihat UCS iaitu Pn. Ruziah A Latif dan Pn.
Yuslizawati Mohd Yusoff. Tiga orang wakil pensyarah kewangan iaitu En. Mohamad Azwan Md Isa, Pn.
Zaibedah Zaharum dan En. Ferri Nasrul, ahli-ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), ahli-ahli
Majlis Perbandaran Segamat dan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyrakat, Agro
Bank dan Amnah Ikhtiar Malaysia.
Penglibatan pelajar di dalam aktiviti kemasyarakatan memberi peluang kepada mereka untuk menjadi
seorang individu yang aktif di dalam sesebuah komuniti dan mempunyai kesan positif yang kekal kepada
masyarakat pada umumnya. Khidmat masyarakat atau sukarelawan membolehkan pelajar memperolehi
kemahiran dan pengetahuan hidup, serta menyediakan bantuan dari segi tenaga kepada mereka yang
memerlukannya. Program aktiviti khidmat masyarakat ini mempunyai banyak manfaat antaranya
membangunkan rasa tanggungjawab sosial yang lebih tinggi, dan membentuk hati murni ikhlas untuk
memberi kembali dan membantu orang lain. Ia juga memberi peluang menerapkan pembelajaran
akademik kepada peristiwa kehidupan sebenar. Selain itu, ia dapat membina hubungan dan 'hubungan
sosial' dengan rakan-rakan dan orang dewasa, dan mendedahkan pelajar kepada kepelbagaian budaya.
Melalui aktiviti kemasyarakatan juga, kemahiran komunikasi dapat diperbaiki. Penglibatan di dalam kerja
sukarela memberi peluang kepada pelajar untuk belajar secara ‘alami’. Para pelajar UCS dan para
pensyarah yang turut serta dalam aktiviti ini ternyata bersemangat dan gembira berganding bahu dengan
masyarakat kampung bagi menjayakan gotong royong perdana ini.
37