Page 25 - eDinamik
P. 25
FAKTOR PENUTUPAN SESEBUAH SYARIKAT ATAU PERNIAGAAN
Shafiee bin Md Tarmudi, Muhamad Ismail bin Pahmi, Ros Hasri bin Ahmad,
Siti Masnah binti Saringat
Berdasarkan statistik semasa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), setakat 31 Julai 2019,
sebanyak 1,325,580 buah syarikat dan 7,487,619 perniagaan telah didaftarkan di Malaysia.
Namun sebanyak 10 hingga 20% daripada jumlah tersebut akan “gulung tikar” setiap tahun.
Berdasarkan statistik SSM, tahun 2008 mencatatkan sebanyak 27,913 buah syarikat, 11,409
buah syarikat pada tahun 2009 dan 11,631 buah syarikat (2010) telah ditutup. Penutupan
syarikat ini adalah disebabkan syarikat dinyah senarai di bawah seksyEncik 308 Akta Syarikat
1965 yang berdasarkan garis panduan syarikat, iaitu samada tidak beroperasi, penutupan
sukarela ataupun penutupan operasi oleh syarikat asing. Namun apakah faktor sebenar
penutupan syarikat-syarikat ini?
Antara faktor penyumbang kepada penutupan syarikat-syarikat berkenaan adalah disebabkan
oleh :
1. Kelembapan ekonomi semasa antara faktor penyumbang kepada penutupan syarikat.
Peluang ekonomi yang berkurang menyebabkan syarikat terpaksa bersaing dalam suasana
ekonomi yang sempit.
2. Perintah mahkamah kerana kesukaran membayar hutang. Kesukaran membayar hutang
menyebabkan pemiutang menutup syarikat bagi tujuan mencairkan aset-aset mereka untuk
mendapatkan pembayaran hutang.
3. Tiada perancangan atau halatuju yang jelas terhadap perniagaan yang dilakukan. Tanpa
adanya perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang terhadap perniagaan, maka
syarikat akan menghadapi masalah untuk mengembangkan perniagaan di masa hadapan
sedangkan para pesaingnya telah menyusun pelbagai strategi untuk digunapakai.
4. Syarikat terbabit mempunyai masalah kewangan yang serius. Kerugian berganda yang
dihadapi sesetengah syarikat kerana kos yang tinggi dan pasaran yang tidak menentu
menyebabkan keputusan yang drastik perlu di ambil.
5. Peningkatan upah. Sebelum ini syarikat tersebut mempunyai jumlah manpower atau tenaga
kerja yang ramai. Tetapi dengan pengumuman kerajaan terhadap ‘penetapan gaji minimum’
sebanyak RM1100/bulan atau RM 5.29/jam bermula Januari 2019, maka akan adanya
pertambahan kos untuk manpower sedangkan hasil syarikat tidak berubah malahan semakin
menurun kesan kelembapan ekonomi. Mahu tidak mahu, syarikat kena potong perbelanjaan
yang lain atau ‘cut manpower’ sehinggalah tidak mampu bertahan, syarikat akan tutup terus.
6. Terlebih belanja atau tersalah belanja dan overbudget terhadap beberapa perkara,
contohnya seperti pembelian peralatan yang invoisnya ditipu dan tidak dikawal, entertaiment fee
yang tidak perlu tetapi digunakan sampai terlebih belanja ( contohnya belanja bakal pelangga
makan ) , atau penipuan dalam pembelian bahan mentah, menjadikan faktor syarikat tadi
senang gulung tikar.
7. Turnover (pekerja yang berhenti dan pekerja baru masuk kerja )yang terlalu banyak pada
manpower. Produktiviti menjadi lambat kerana perlu mencari orang untuk diganti dan melatih
orang baru, pun boleh dijadikan alasan mengapa syarikat itu ditutup.
Sebagai kesimpulannya, perancangan sesuatu perniagaan amatlah penting dalam sesebuah
syarikat. Sekiranya baik dan betul perancangan perniagaan yang dilakukan, maka syarikat atau
perniagaan itu akan dapat terus bertahan di dalam dunia perniagaan yang penuh mencabar.
16