Page 168 - e-Dinamik
P. 168
Google Pakar Pengurusan Maklumat
Kini Google dianggap sebagai pakar pengurus maklumat dunia kerana mampu
membenarkan seluruh dunia menikmati hasil carian maklumat tanpa henti bukan sahaja
dengan menggunakan enjin cariannya, tetapi juga dengan pelbagai produk dan aplikasi
yang sangat mudah dan berkesan. Pengurusan maklumat yang diamalkan oleh Google kini
bukan lagi berkisar terhadap pencarian maklumat semata-mata, tetapi juga tehadap
seluruh kehidupan manusia tidak kira dari aspek pembelajaran, pekerjaan, hobi, lokasi,
perniagaan, perkilangan, penerbangan, hiburan mahupun kewangan.
Dengan produk yang melebihi 100 buah produk, Google telah menggungguli keperluan
seharian pengguna dengan mengurus maklumat menggunakan pelbagai aplikasi mudah
alih yang boleh dimuat turun ke telefon mudah alih dan boleh digunakan dimana sahaja.
Malahan, keperluan tersebut bukan sahaja untuk pengguna biasa tetapi juga para
pengusaha perniagaan dan pembangun aplikasi. Hebatnya, Google membenarkan hampir
kesemua aplikasi tersebut dengan percuma. Walaubagaimanapun, Google hanya
bertindak sebagai penyedia peralatan dan kemudahan dan ia memerlukan pengguna yang
bijak dan berhemah agar maklumat tidak disalahgunakan.
159