Page 271 - e-Dinamik
P. 271
3. PUISI: TELADAN ARNAB DAN KURA-KURA
oleh Munirah Zakaria, Sidek Abdullah, Nurfarhana Mohd Daud,
Noor Nasuha Zakaria, Norizan Othman, Shahidatul Ashikin Shahran
Kadang-kadang perlu difikirkan
Teladan di sebalik kisah arnab dan kura-kura
Bukti yang ilmu makhluk memang terbatas
Hanya mengetahui apa yang zahir sahaja
Dongeng yang dibawa dari lisan ke lisan
Arnab yang pantas dan kura-kura yang lembab
Betapa jaguhnya arnab di mata sendiri
Akhirnya jatuh dek kerana penilaian sendiri
Tangkas yang disangka cepat
Lembab yang disangka lambat
Rupanya boleh berlaku sebaliknya
Jika ada semangat, kegigihan dan usaha
Besar maksud kejayaan kura-kura
Di mata kita yang bernama manusia
Biar dipandang lemah dan hina
Kerana masa hadapan milik semua
Sungguh, semua dalam pengetahuan Dia
Yang Maha Memberi dan Membalas
Setiap ketekunan hambaNya
Yang berusaha dengan penuh ikhlas
Besar juga maksud kekalahan arnab
Jika kita membuka lensa hati
Kadang-kadang, berada di atas
Tidak selamanya menjanjikan kejayaan
Apa pun kelebihan dan kelemahan kita
Raikan dengan usaha dan semangat
Kerana kejayaan milik semua
Teruskan usaha mencapai matlamat
261