Page 268 - e-Dinamik
P. 268
1. CERPEN: LEPAT BUNGA CHICA
oleh Prof. Madya Ahmad Nawawi Yaakob
Jerat lembu ditarik perlahan-lahan. Hidung lembu jantan besar Ayah luka hidungnya. Tarik sedikit
sudah diikut. Imran membawanya ke belukar di pinggiran Bendang Chuchuh. Kawasan lapang
berumput di celah belukar sudah cukup untuk makanan si lembu jantan. Lembunya dilepaskan
sehinggalah akan diambil petang nanti.
Bendang Chucuh baharu sahaja dicedung. Rumpun padi mula bercambah dan
menghijau. Mak CIk Melah dan Imran sekadar menengok-nengok menabur baja.
Ketika matahari memecahkan bahang panasnya, mereka pun melangkah pulang.
Melewati ke kebun getah dan sepohon pokok chica.
Pokok chica tinggi mencecah pucuk-pucuk daun getah. Itulah sebatang yang ada berbaki,
tiada yang lain. Banirnya mencengkam di gigi bendang Pak Samat Misai. Batangnya sepemeluk
penuh, tidak mungkin terpeluk Imran yang masih kehingusan.
Mak Cik Melah mengutip bunga-bunga chiha di celah daun-daun getah kering. Imran ikut
sama. Kutip. Kutip untuk dibuat lepat. Buat lepat bunga chicha, cadang Makcik Melah ibu tumpang
Imran selama ibu benarnya meninggal dunia terlebih awal.
Bunga-bunga chica dijemur di dalam badang di atas jemuran rumah. Jemuran bersulam
kayu dan buluh bulat terhayun-hayun dipijak Makcik Melah. Tiada siapa yang rungut, tiada siapa yang
komplin. Itulah dunia kami.
Setelah kering, bunga chica ditumbuk dengan lesung kayu. Cukup seorang sahaja
menumbuknya, tidak perlu ramai-ramai kerana ia kerja mudah. Kakak Aishah tumbuk. Tidak sepayah
menumpuk padi, menumbuk tepung beras dan menumbuk emping atau paoh untuk selingan makan-
makan kami.
Imran dan Mad Chi kena pergi ambil daun pisang di kebun Pak Long Pi. Kebun pisang
Pak Long Pi subur dan berpagar elok untuk menghalang lembu, kambing dan kerbau masuk
merosakkan tanaman. Daun pisang dilayur dahulu. Layur untuk memudahkan membungkus lepat
bunga chiha.
Mak Cik Melah seorang manager yang baik. Kak Aishah kena kukur nyior dengan tekoran usang
bergigi tajam. Tajamnya pun tidak sekata. Tapi itulah yang kami ada. Kak Aisyah kukur nyior hingga
habis sebelah.
“Perah!”
Tepung beras yang kami tumbuk – Imran dan Mad Chi- masih ada, menjadi bahan utama.
Sedikit tepung pulut dimasukkan bagi memekatkan adunan. Santan pekat dituang ke dalam besen
besi bersama tepung pulut dan tepung beras. Garam dan gula sedikit-sedikit dimasukkan.
Sudah siap diadun, kepingan daun pisang yang dipotong sepapan-sepapan diisi dan
dibungkus. Secamca pendek kontot , sudah cukup untuk sebungkus lepat bunga chica. Bungkusan
lepat diletakkan ke dalam periuk kukus sebelum dididihkan. Pastikan dulu airnya cukup, pantang Mak
CIk Melah kalau periuknya hangit.
258