Page 269 - e-Dinamik
P. 269

Samb… PUISI: LEPAT BUNGA CHICA

                                    oleh Prof. Madya Ahmad Nawawi Yaakob





          Itu cerita malamnya.

                     Esok pagi kami sudah tahu sarapan apa pagi itu sebelum melangkah ke sekolah.

                     “Aku suka, sedap!”
                     Itu kisahnya tiga puluh tahun dahulu.

                     Kini, lepat bunga chica tiada lagi. Pokoknya entah ada entah tiada. Besen besi tiada lagi,
          tekoran juga tiada lagi, jerat lembu entah di mana, anak-anak Imran tidak pernah memegangnya.
                     Hanya lepat bunga chica yang dimasak mengikat ingatan Imran dengan Makcik Melah,
          menambat kasih sepanjang-panjangnya dengan Makcik Melah. Lepat bunga chica mengajar Imran erti
          tanggungjawab. Tahu apa yang mahu dimasak, tahu tugas Imran mengutip bunga, tahu tugasnya
          memotong daun pisang sebelum pelepahnya dibuat senapang; pong pong. Tahu kena pastikan air
          periuk kukusnya penuh sebelum kayu api dicucuh getah, tidakpun dituang minyak tanah sahaja.

                     Ah, tahukah anak-anak Imran sarapan esok paginya? Ah, kenalkah anak-anak kini
          sekuntum bunga chica yang gugur di tepi bendang? Tahukah anak-anak menumbuk tepung beras,
          menumbuk padi?

          Imran terbuai.
                     “Ya Allah, lapangkanlah kubur Makcik....”

                     Hanya kerana lepat bunga chica, ingatan Imran pada Makciknya bertambah-tambah.


























                                                                                                     259
   264   265   266   267   268   269   270   271   272   273   274