Page 264 - e-Dinamik
P. 264

Samb… LUQMAN DAN MESEJ PENDIDIKAN

                                             oleh Sidek Abdullah





          Seterusnya Luqman menasihatkan anaknya supaya mengerjakan sembahyang. Ini adalah tiang
          agama yang menentukan rantaian hubungan antara makhluk dan hambaNya tidak terpisah. Apabila
          tanggungjawab diri sudah sempurna, Luqman menganjurkan supaya kita ada tanggungjawab sosial,
          iaitu amar makruf nahi mungkar. Kita tidak mungkin hidup sendirian dalam lingkungan kelurga yang
          ada tapi dalam masa yang sama, masyarakat kacau-bilau dengan kejadian-kejadian jenayah dan
          ketidak adilan yang berlaku.
                     Perkara terakhir yang ditekankan oleh Luqman ialah perkara adab atau akhlak. Antara
          adab yang seharusnya diberi perhatian ialah jangan memalingkan muka bila bercakap dengan orang
          lain, jangan bersikap sombong,banyak bersabar, berjalan dengan tertib dan bercakap dengan
          perlahan. Allah SWT membandingkan mereka yang bercakap kuat itu seumpama suara keldai.

                     Demikian acuan pendidikan yang diterapkan oleh Luqman. Bermula daripada hubungan
          dengan Allah SWT, diri, keluarga, dan masyarakat sekeliling. Ketika ditanya kepada Saidina Umar al-
          Khattab, bagaimana pendidikan seharusnya berlaku kepada seseorang, jawab Umar; didiklah mereka
          sesuai dengan zamannya. Maksudnya, ketika kita berada dalam era maklumat kini, didiklah mereka
          sesuai dengan perkembangan ilmu yang ada di samping tidak meninggalkan pakej asas pendidikan
          Luqman.

                     Luqman al-Hakim adalah termasuk salah seorang daripada tiga orang Habsyah yang
          dijanjikan syurga selain Raja Najasyi dan Bilal bin Rabah.



































   254
   259   260   261   262   263   264   265   266   267   268   269