Page 262 - e-Dinamik
P. 262
Samb… HIKMAH LELAKI BERKHATAN DIUSIA BAYI
oleh Mahasin binti Mearaj
Menurut Dr. Shabri Al-Qubbani, antara faedah berkhitan ialah:
1) Menjauhkan penyakit kulit bagi lelaki yang disebabkan peluh, selamat dari kumpulan
lemak yang menimbulkan bau busuk.
2) Menghalang penyakit kanser
3) Menghindarkan penyakit kencing malam bagi kanak-kanak
Justeru, khatan merupakan suatu kewajipan yang amat dititikberatkan dalam Islam,
manfaatnya dapat dilihat dengan kajian-kajian yang dilakukan pada masa kini. Antara kajian yang
membuktikan keberkesanan khatan tulisan Dr. Norman Mohd Norawi, kadar kanser zakar adalah jauh
lebih rendah dalam komuniti yang mengamalkan berkhatan seperti Muslim dan Yahudi. Kajian terbaru
menunjukkan kadar penyakit kelamin adalah rendah dalam kalangan lelaki yang berkhatan. Kajian ini
mendapati jangkitan penyakit sifilis adalah lebih rendah dalam kalangan lelaki yang berkhatan. Kajian
Cochrane Meta Analysis di Afrika pada 2007 berkhatan boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV
dalam kalangan lelaki yang aktif seksual dari 38 peratus hingga 66 peratus dalam tempoh 24 bulan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan antara program mencegah HIV ialah dengan
menggalakkan amalan berkhatan. Berkhatan juga mengurangkan risiko jangkitan kuman saluran
kencing. Justeru, secara tidak langsung, mengurangkan risiko isteri mendapat kanser pangkal rahim.
252