Page 257 - e-Dinamik
P. 257

PENGAJIAN TALAQQI KITAB DI HATI MAHASISWA

            Mahasin binti Mearaj, Masyfu'ah binti Mokhtar dan Mohamad Zaki bin Razaly

           Kelab Al-Falah yang merupakan sebuah persatuan mahasiswa Islam di UiTM Cawangan Johor
           Kampus Segamat telah berjaya menjalankan program Pengajian Kitab selama 3 tahun. Pada tahun
           2017, kitab “Safinatun Najah”, tulisan ulama besar yang sangat terkemuka iaitu Syeikh Salim bin
           Abdullah bin Saad bin Sumair Al Hadhrami telah dipilih untuk dikupas dalam program ini. Beliau
           adalah seorang ahli fiqh dan tasawwuf yang bermazhab Syafie. Kitab ini membahaskan asas-asas
           agama secara terperinci dan lengkap. Antara kandungannya ialah dasar-¬dasar syariat, bersuci,
           solat dan lain-lain. Program ini dijalankan selama 4 hari iaitu pada14, 15, 28 dan 29 September 2017.
           Tenaga pengajar yang terdiri daripada pihak UiTM sendiri, Ustaz Kamarulzaman bin Sulaiman dan
           Ustaz Mohamad Zaki bin Razaly. Program ini berkolaborasi dengan unit pentadbiran di bawah
           bahagian Hal Ehwal Islam.
           Pada tahun 2018 pula, 13 hingga 15 September
           program pengajian kitab diteruskan lagi dengan
           menggunakan kitab “Syamail Muhammadiah” yang
           mendapat sambutan seramai 50 orang mahasiswa.
           2 orang penceramah membentangkan pengajian
           ini iaitu Ustaz Mohd Zainodin bin Mustaffa selaku
           Ketua Pusat Pengajian ACIS ketika itu dan Ustaz
           Mohamad Zaki bin Razaly.      Sebagai rujukan
           kelab Al Falah menggunakan Kitab Syamail
           Muhammadiah yang merupakan kitab mengenai
           pengenalan kepada peribadi Rasulullah S.A.W
           yang dikarya oleh seorang tokoh hadith yang
           tersohor dan tidak diragukan lagi keilmuannya,
           Imam Tirmizi. Terdapat beberapa bab dalam
           Syamail  Muhammadiah,    antaranya,  mengenai
           fizikal Rasulullah, tanda kenabian Baginda, cara
           Rasulullah merapikan rambutnya dan sebagainya.
           Justeru  program  Pengajian  Kitab  ini  dapat
           menambahkan lagi kecintaan para mahasiswa
           kepada Rasulullah S.A.W. Manakala pada tahun
           2019, 24-26 April Pengajian kitab diteruskan
           memandangkan program ini mendapat sambutan
           yang baik daripada mahasiswa. Seramai 68 orang
           telah mengikuti pengajian kitab berbanding pada
           tahun 2017 hanya 25 orang sahaja. Pada tahun
           2019 pula, kitab yang dipilih adalah kitab “Hadis
           40” tulisan Imam An-Nawawi. Kitab ini menulis
           tentang  40  hadis  terpilih.  Walaupun  Ustaz
           Mohamad    Zaki  Razaly  selaku  Ketua  Pusat
           Pengajian merangkap Penasihat Kelab Al-Falah
           mengupasan hanya 4 buah hadis, namun pelajar
           dapat  memahami    dengan   mendalam    hadis
           tersebut. Perjalanan program yang mengambil
           masa   3   hari  tidak  akan   mampu    untuk
           mengkhadamkan ilmu berbanding ulama pada
           zaman dahulu. Oleh yang demikian, program ini
           amatlah   penting   bagi   menerapkan    ilmu
           pengetahuan dan pembelajaran kepada semua
           yang terlibat.

                                                                                                     247
   252   253   254   255   256   257   258   259   260   261   262