Page 253 - e-Dinamik
P. 253

KORBAN & CSR DI KEMBOJA

                                 Prof. Madya Ahmad Nawawi Yaacob

        Kali ketiga UiTM Cawangan Johor melakukan ibadah korban dan khidmat komuniti di Kemboja. Kali
        ini digerakkan oleh Team Jejak Pendeta di bawah Inisiatif Rektor UiTM Johor 2019, Prof Madya Dr
        Ahmad Naqiyuddin Bakar. Projek CSR dan Ibadah Korban UiTM Johor 2019 melibatkan lapan orang
        pensyarah dan lima siswa mewakili Kelab The Marketeers UiTM Johor yang berjaya mengumpul
        dana sejumlah USD8640 untuk pembinaan 48 unit telaga pam, RM6000 untuk empat buah tandas,
        korban 10 ekor lembu berjumlah RM24,500. Selain itu, pasukan ini turut menyumbang LCD, portable
        speaker, cordless mikrofon, buku iqra dan barangan harian kepada penduduk setempat.
        Program berlangsung dari 13 – 18 Ogos di Kampung Tawai, Kampung Chhnang mendapat sambutan
        menggalakkan daripada masyarakat setempat. Perserta mendiami rumah Ketua Kampung, Encik
        Omar dan ‘Mak Eton’, memasak dan memakan bersama-sama ahli keluarga dan orang kampung
        yang datang berkunjung. Prevenci Chhang terletak sejauh 90KM dari bandaraya Phnom Penh,
        dengan jumlah penduduk 700,000 di 546 buah perkampungan dengan aktiviti pertanian padi dan ikan
        air tawar sebagai sumber ekonomi utama. Majoritinya beragama Buddha dan sekelompok kecil
        penganut Islam di beberapa buah kampung di persisiran Sungai Mekong. Pertumbuhan industri yang
        pesat kini telah mengubah lanskap masayarakat Kemboja sebagai pekerja kilang yang
        berpendapatan tetap. Selain daripada rakan-rakan staf dan pensyarah, Pewani UiTM Johor dan
        Klinik Pergigian Dr Sabariah juga tidak ketinggalan untuk menyumbang bagi menjayakan projek ini.
        Terima kasih kepada Mak Eton di Kampung Tawai yang ditumpangi rumahnya, Sdr Yusouf yang
        menguruskan team Jejak Pendeta sepanjang di Kemboja. Kita beramal kerana Allah dan berserah
        kepada Allah jua.

             PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT KELAB INSOFT DENGAN
                                          KERJASAMA ACIS

                               Nurfarhana Bte Mohd Daud, Munirah Zakaria

          Satu program khidmat masyarakat telah diadakan pada 4 Mei 2019 (Sabtu) pada jam 8 pagi-2.30
          petang. Program ini memfokuskan kepada aktiviti pencucian telekung di tiga kawasan masjid
          berdekatan iaitu Masjid Jamek Bukit Tunggal, Pusat Islam Masjid Asy-Syakirin, Uitm Johor dan
          Masjid Jamek Taman Yayasan. Program ini melibatkan sejumlah 22 ahli daripada kelab Islamic
          Society Of United Teenagers (In-Soft) dan penasihat kelab In-Soft UiTM Johor Kampus Segamat.
          Program ini dilaksanakan untuk merapatkan ukhwah antara ahli kelab dengan pihak pengurusan
          masjid di Segamat sekali gus melakukan kerja amal yang memberi manfaat kepada orang ramai.
          Selain itu, program ini juga dapat memupuk kesedaran dalam diri umat Islam akan pentingnya
          kebersihan untuk beribadah. Diharapkan program ini akan terus dapat dilaksanakan pada masa akan
          datang.




















                                                                                                     243
   248   249   250   251   252   253   254   255   256   257   258