Page 256 - e-Dinamik
P. 256
CERAMAH HAJI & UMRAH
Siti Noor Ain binti Aziz, Mahasin binti Mearaj, Saidin bin Wan Ismail (Dr), Sidek
bin Abdullah dan Munirah binti Zakaria
Musim haji kini kembali. Ringkasan Haji dan Umrah menjadi tajuk pilihan Bengkel Kesempurnaan
Ibadah 3.0 pada 13 Jun 2019 siri ke-3 yang disampaikan oleh Ustaz Kamarulzaman bin Sulaiman,
pensyarah kanan ACIS. Sungguhpun tajuk ini telah pun dibentangkan oleh Ustaz Mohd Zainodin
Mustaffa pada tahun lepas, namun masih terdapat permintaan untuk diadakan semula ceramah
tentang topik ini. Objektif program kali ini adalah untuk memantapkan kefahaman serta
membincangkan isu berkaitan ibadah haji kepada peserta termasuklah bakal haji dan umrah.
Maklumbalas yang diterima daripada peserta amatlah memberangsangkan. Antara komen dan
cadangan peserta ialah program seperti ini diteruskan secara berkala serta dibentangkan dengan
memasukan video agar peserta lebih faham tentang praktikal ibadah haji dan umrah. Di akhir
pengisian ustaz memberikan tips serta cara untuk menunaikan haji dengan cepat serta berkongsi
doa-doa yang boleh diamalkan agar dipermudahkan bagi mereka yang masih belum berkesempatan
menunaikannya.
ISLAM DAN PERUBATAN
Mahasin binti Mearaj, Syaimak binti Ismail (Dr), Mohd Zainodin bin Mustaffa,
Nazrudin bin Hashim dan Ahmad Nawawi bin Yaakob (PM)
Program Bengkel Kesempurnaan Ibadah pada tahun ini diteruskan lagi kerana mendapat sambutan
yang menggalakkan serta permintaan tajuk-tajuk tertentu daripada peserta. Pada tahun lalu para
peserta didedahkan dengan topik-topik fardu ain seperti teori dan praktikal ibadat solat, solat jamak
dan qasar serta perubatan Islam. Pada 2 Mei 2019, ACIS telah mengadakan sesi ceramah bengkel
siri kedua tentang Asas Perubatan Islam yang disampaikan oleh Ustaz Nazrudin bin Hashim,
pensyarah kanan ACIS yang turut juga seorang pengamal perubatan Islam bertauliah. Beliau juga
aktif berceramah khususnya di masjid-masjid sekitar Segamat. Dengan adanya program seperti ini
para peserta sedikit sebanyak dapat membezakan samada teknik perubatan itu benar atau
songsang menurut Islam serta dapat mengetahui teknik yang tepat dan betul merawat diri sendiri
atau orang lain yang bertepatan dengan syarak.
246