Page 261 - e-Dinamik
P. 261
2. HIKMAH LELAKI BERKHATAN DIUSIA BAYI
oleh Mahasin binti Mearaj
Islam sangat teratur dan tersusun syariatnya sehingga rahsia dan hikmah berkhatan merupakan
pensyariatan agama sebagai suatu kesempurnaan kesihatan untuk mendekatkan diri kepada Allah
SWT dan mendidik manusia bersifat suci. Menitikberatkan kesihatan anggota badan atau kebersihan
zahir bukan hanya berkhatan tetapi memotong kuku, merapi misai dan janggut serta bulu ketiak dan
lain-lain. Ini menggambarkan agama Islam menitikberatkan kebersihan dan kesucian diri hingga
sempurna apatah lagi untuk mengerjakan ibadah seperti solat.
Musim berkhatan pada adat kebiasaan di Malaysia ketika cuti sekolah hujung tahun. Di
klinik-klinik telah kelihatan tergantung iklan-iklan menawarkan perkhidmatan berkhatan dengan
pelbagai kaedah moden kini khususnya kanak-kanak lelaki. Dari pengalaman dan penceritaan
almarhum ayahanda penulis, pada zaman dahulu kanak-kanak berkhatan pada usia lewat sekitar 10
hingga 12 tahun. Tambah mengejutkan ada juga kes berkhatan ketika berumur 13 atau 14 tahun yang
dikira lewat kerana hampir usia baligh. Mereka berkhatan tanpa menggunakan alatan moden seperti
bius. Mereka terpaksa mandi lama atau berendam di dalam sungai beberapa jam. Kanak-kanak pada
masa itu takut untuk berkhatan kerana kaedahnya menyakitkan. Oleh itu, orang Melayu pada zaman
tersebut berpegang kepada pelbagai adat untuk meraikan dan menggembirakan kanak-kanak agar
tidak berasa takut dan gentar untuk berkhatan juga sebagai suatu kaedah untuk memujuk kanak-
kanak agar berkhatan.
Walau bagaimanapun dengan alatan yang canggih dan keselesaan peralatan sains
perubatan pada masa kini, masih ramai ibu bapa kurang kesedaran untuk mengkhatankan anak
mereka diusia bayi. Banyak kelebihan yang diperolehi oleh bayi yang dikhatankan ketika ibu juga
masih dalam tempoh berpantang. Hasil temuramah penulis kepada beberapa orang doktor, umur bayi
yang ingin dikhatankan, sebelum mencecah usia 7 bulan atau sebelum bayi boleh meniarap agar
senang menjaga luka khatan tersebut dan bayi masih belum lasak berlatih untuk meniarap. Manakala
masyarakat yang biasa datang ke klinik untuk mengkhatankan anak lelaki semasa bayi adalah bangsa
Arab.
Antara manfaat berkhatan semasa usia bayi adalah:
1) Sembuh dengan kadar segera dalam tempoh 1 hingga 2 hari. Luka akan cepat kering berbanding
kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun. Tempoh penjagaan pantang kanak-kanak usia 6 hingga 12
tahun pula mengambil masa berminggu-minggu.
2) Darah berhenti dengan segera disokong penyusuan penuh susu ibu. Ini kerana susu ibu
merupakan susu terbaik kepada anaknya.
3) Antibodi bayi sangat kuat dan sukar dihinggapi penyakit. Pengalaman penulis sendiri yang
mengkhatankan bayi lelaki seawal usia bayi kurang 30 hari, mendapati bayi tersebut tidak pernah
demam sepanjang usia setahun lebih.
4) Ibu bapa tidak pening memikirkan cara untuk memujuk kanak-kanak sebelum baligh untuk
berkhatan atau menawarkan pelbagai hadiah ketika tempoh berpantang berbanding bayi yang baru
lahir.
251