Page 259 - e-Dinamik
P. 259

1. BERFIKIR SECARA REFLEKTIF: KISAH PENGHUNI GUA
                oleh Munirah Zakaria, Sidek Abdullah, Nurfarhana Mohd Daud, Mohd Zainodin Mustafa



          Pemikiran reflektif lazimnya memberi penekanan kepada urutan idea yang memberi kesan kepada
          perlakuan seseorang. Di dalam al-Quran, terdapat banyak kisah yang boleh membawa kepada

          pemikiran reflektif. Kebanyakannya mengajar kita untuk berfikir dan mengembalikan segala urusan
          kepada Allah SWT, tidak kira samada perkara tersebut kecil atau pun besar. Ini kerana, mustahil
          manusia (dengan sifat lemahnya) mampu menguruskan segala aktiviti sehariannya dengan tangan
          sendiri. Lihat sahaja bagaimana kisah tujuh pemuda beriman (hanya Allah SWT sahaja yang tahu

          jumlah sebenar mereka, ada yang mengatakan jumlah mereka adalah tiga, lima atau tujuh) [18:22]
          yang diselamatkan oleh Allah SWT daripada pemerintah yang zalim di dalam sebuah gua. Dengan
          limitasi akal manusia, perkara tersebut kelihatan tidak logik. Tetapi al-Quran menggambarkan betapa
          Allah SWT mampu melakukan apa sahaja dengan mudah.


                     Pemuda-pemuda tersebut ditidurkan selama 309 tahun [18:25]. Sepanjang tempoh itu,
          tubuh badan mereka dibolak-balikkan oleh Allah SWT ke kiri dan ke kanan [18:18] tanpa mereka
          sedari. Ini semua bagi mengelakkan posisi tubuh mereka berada dalam keadaan statik terlalu lama.
          Betapa teliti urusan Allah SWT dalam menjaga kesihatan tubuh badan mereka yang ditidurkan di luar

          tempoh kebiasaan tidur manusia. Kisah ini mempunyai beberapa pengajaran penting untuk kita
          pelajari.

                     Pertama, kekuasaan Allah SWT adalah mengatasi kekuasaan semua raja yang ada di
          dunia. Allah SWT mampu berbuat apa sahaja mengikut Kudrat dan IradatNya. Tiada siapa pun

          mampu menghalang kehendakNya. Seharusnya manusia tidak berasa sombong dengan kekuasaan
          yang bersifat terbatas yang dimilikinya di dunia. Penghuni-penghuni gua tersebut tidak menyedari
          yang tempoh tidur mereka begitu lama. Malah menurut sangkaan mereka, ia cuma separuh hari atau
          satu hari sahaja [18:19]. Begitu mudah bagi Allah SWT menyelamatkan mereka dari penindasan raja

          yang zalim.

                     Kedua, sesiapa sahaja yang cuba mempertahankan akidah tauhid pasti akan mendapat
          perlindungan daripada Allah SWT. Dalam kisah ini, al-Quran menganjurkan kepada kita supaya
          menghayati maksud yakin dengan pertolongan Allah SWT. Dalam menegakkan agama Islam, Allah

          SWT mendatangkan pelbagai bentuk kesusahan bagi menguji iman seseorang. Namun begitu, Allah
          SWT tidak akan membiarkannya begitu sahaja tanpa pertolongan. Setiap kesusahan yang diberikan
          akan disertakan bersama kesenangan. Penegasan mengenai perkara ini dapat dilihat di dalam Surah



                                                                                                     249
   254   255   256   257   258   259   260   261   262   263   264