Page 255 - e-Dinamik
P. 255
BENGKEL DAN PERTANDINGAN SENI “DOODLE” ISLAMIK
ANJURAN KELAB IN-SOFT DENGAN KERJASAMA ACIS
Nurfarhana Bte Mohd Daud, Munirah Zakaria
Doodle adalah sebuah lukisan yang mudah dan ringkas. Corak yang dihasilkan merupakan corak
yang terlintas difikiran. Kebiasaannya doodle atau doodle art adalah gambar yang tidak berfokus atau
tidak disedari ketika dibuat saat seseorang tidak sedar. Dalam erti kata lain, doodle adalah gambar
yang dibuat secara tidak terancang ketika berasa bosan. Biasanya doodle bersifat abstrak, walaupun
sebahagiannya ada yang memiliki bentuk yang sangat epik dan rapi. Doodle juga merupakan salah
satu seni yang mempunyai nilai yang tersendiri. Bergantung kepada pelukis doodle untuk memberi
gambaran sama ada doodle yang dilukis mempunyai makna atau sebaliknya. Kelab Insoft
memperkenalkan seni doodle kepada pelajar khususnya UiTM Kampus Segamat bagi mendalami
seni ini di samping berdakwah kepada mahasiswa UiTM. Tujuan utama pelaksanaan program doodle
Islamik adalah untuk mencungkil bakat terpendam dalam menghasilkan seni lukisan yang
bermotifkan Islamik dan dakwah dalam kalangan mahasiswa. Secara tidak langsung program ini
akan menjurus ke arah aktiviti sihat dan bermanfaat selain dapat mencungkil bakat warga UiTM.
Program Bengkel Seni “Doodle” Islamik ini berlangsung di LT2 pada 2 Mei 2019 (Khamis) pada jam
12 tengah hari hingga 1 petang.
AKSI PENCERAMAH VS PENCARIAN ILMU
Syaimak binti Ismail (Dr), Mahasin binti Mearaj, Siti Noor Ain binti Aziz,
Nurfarhana binti Mohd Daud , Mohd Asyadi bin Redzuan dan Farah Hamizah
binti Samsuddin
Program Bengkel Kesempurnaan Ibadah 3.0 yang telah dijalankan pada 23 April 2019 ini mendapat
sokongan daripada pihak pengurusan dan menerima sambutan yang baik daripada peserta yang
terlibat. Program siri pertama ini dihadiri seramai 74 orang peserta terdiri daripada dari kalangan staf
akademik dan juga pengurusan. Respon kepada program ini sangat memberangsangkan dengan
kehadiran para peserta yang tekun serta fokus mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz
Mohd Zainodin bin Mustaffa. Beliau merupakan pensyarah kanan ACIS yang aktif menyampaikan
kuliah di kampus khususnya serta di sekitar masjid di daerah Segamat. Beliau juga merupakan
mantan Ketua Pusat Pengajian ACIS sesi 2018 yang mempunyai perwatakan baik, gemar bergurau
selain memiliki ilmu yang tinggi. Gaya penyampaian beliau yang bersahaja dan kreatif berjaya
menarik minat para peserta untuk terus mendengar dan memberi perhatian walaupun program
bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.
245