Page 260 - e-Dinamik
P. 260
Samb… BERFIKIR SECARA REFLEKTIF: KISAH PENGHUNI GUA
oleh Munirah Zakaria, Sidek Abdullah, Nurfarhana Mohd Daud, Mohd Zainodin Mustafa
al-Syarh [94:5-6]. Firman Allah SWT:
[ ۡ َ ِ ٥ [ إ ن ﱠ ﻣ َ ﻊ ٱ ﻟ ﻌ ُ ﺳ ۡ ر ِ ﯾ ُ ﺳ ۡ ر ٗ ا ] ٦ ۡ َ ِ ﻓ َ ﺈ ن ﱠ ﻣ َ ﻊ ٱ ﻟ ﻌ ُ ﺳ ۡ ر ِ ﯾ ُ ﺳ ۡ ر ً ا ]
Maksudnya; “Maka sesungguhnya setiap kesukaran disertai (dengan) kemudahan” [5]. “Dan
(tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya setiap kesukaran disertai (dengan) kemudahan”
[6].
Kisah ini juga menjelaskan kepada kita bahawa setiap ancaman dan bahaya yang datang daripada
makhluk hanya akan berlaku dengan izin Allah SWT. Justeru, kita disaran supaya berusaha, bersabar,
berserah diri dan yakin dengan pertolongan Allah SWT (Ibnu Kathir, 2004).
Ketiga, kemunculan salah seorang dari pemuda tersebut di tempat awam bagi
mendapatkan makanan telah membuka mata masyarakat tentang perkara yang mereka selisihkan,
iaitu keraguan mengenai hari kebangkitan. Kisah ini menjadi satu bukti bahawa Allah SWT mampu
membangkitkan manusia kembali di Hari Akhirat (dengan jasad dan roh). Maksudnya, janji Allah SWT
adalah benar dan kebangkitan manusia juga tidak boleh diragui [18:21]. Apabila mereka melihat
sendiri keberadaan pemuda-pemuda tersebut di dalam gua, mereka mengagungkan Allah SWT dan
kemudian membina tempat ibadah di situ.
Kesimpulannya, kisah penghuni gua ini hanya akan menjadi satu pengajaran kepada kita
jika dihayati dengan akal yang berfikir. Seharusnya kita merangsang minda kita untuk berfikir secara
reflektif kerana di dalam kisah ini terdapat tanda-tanda yang boleh membawa manusia mengenal Allah
SWT yang bersifat Maha Berkuasa dan Maha Membangkitkan.
RUJUKAN:
Ibnu Kathir. (2004). Tafsir al-Quran al-Adzim. Kaherah: Maktabah al-Sofa.
250