Page 3 - MAJALAH THE PIONEERS KOLEJ TINGKATAN ENAM SARATOK EDISI 2021
P. 3
The
Salam damai sejahtera dan salam kasih…
Tahun 2021 ini, sekali lagi saya diamanahkan untuk menerajui sidang redaksi majalah Kolej
Tingkatan Enam Saratok iaitu The Pioneers. Puji Tuhan, dalam seribu satu kekangan, majalah The Pioneers
berjaya diterbitkan.
Mengimbau kembali penghasilan majalah The Pioneers Edisi Ke-5 [2020] yang lepas, kami di pihak
redaksi menghadapi cabaran getir. Seawal bulan Mac, Kolej Tingkatan Enam Saratok [K-TES] telah ditutup
berikut penularan pendemik Covid-19. Segala perancangan yang telah diatur, tertangguh secara
automatik. Apabila sekolah dibuka semula, segala aktiviti menjadi terhad ekoran Standard Operasi
Prosedur [SOP] dalam norma baharu. Kita di pihak redaksi sekali lagi berdepan cabaran untuk
mendapatkan bahan dan mengambil gambar untuk dipaparkan di dalam majalah. Akhirnya, dalam serba
kekurangan dan kesempatan yang amat terbatas, terbitlah majalah The Pioneers Ediri Ke-5. Betul, majalah
edisi 2020 itu amat sederhana dalam pengisiannya.
Pada tahun ini, pihak pengurusan memberikan amanah yang lebih mencabar. Kami di pihak
redaksi diminta untuk menghasilkan majalah dalam bentuk digital. Majalah digital bukan satu benda baru
tetapi bagi kami di pihak redaksi ia merupakan cabaran baru. Majalah keluaran ediri 2021 ini menjadi
majalah digital buat julung kalinya di K-TES. Selain memaknakan majalah digital itu sendiri, mendapatkan
bahan juga sekali lagi menjadi cabaran getir. Seawal bulan April, K-TES telah ditutup gara-gara menularnya
kes jangkitan Covid-19 di daerah Saratok. Sebahagian besar aktiviti yang telah dirancang oleh Unit
Akademik, Unit HEM, Unit Kokurikulum dan Unit Bimbingan dan Kaunseling turut tertangguh. Kesannya,
usaha menghasilkan majalah The Pioneers Edisi Ke-6 juga terjejas. Kita kekurangan bahan dan gambar
untuk didokumentasikan. Malah, gambar warga pendidik, anggota kumpulan pelaksana dan para pelajar
juga tidak sempat untuk diambil.
Walau bagaimanapun, kami di pihak redaksi sedaya upaya merealisasikan amanah pihak
pengurusan yang ingin melihat majalah The Pioneers Edisi Digital untuk diterbitkan. Kita berusaha sebaik
mungkin memanfaatkan platform yang ada untuk mendapatkan bahan daripada seluruh warga kolej.
Justeru, saya mewakili semua ahli sidang redaksi majalah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih
kepada pihak pengurusan kolej, rakan-rakan guru, staf bukan akademik dan para pelajar atas sokongan
dan kerjasama semua sehingga majalah edisi ke-6 ini berjaya dihasilkan.
Akhir kalam buat warga kolej, bersama kita meningkatkan martabat dan imej kolej terutama
dalam pencapaian akademik agar setanding dengan kolej-kolej tingkatan enam yang lain di seluruh
Malaysia. Bersama juga kita berganding bahu mematuhi norma baharu dalam mengekang penularan
wabak Covid-19 agar K-TES dan Malaysia amnya bebas dari pandemik yang merbahaya ini.
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Team kami baru belajar
Silap dan salah harap dimaafkan
GERAMAN JAMIT
Penyelaras The Pioneers 2021
2
@Hak Cipta Terpelihara Kolej Tingkatan Enam Saratok 2021