Page 8 - MAJALAH THE PIONEERS KOLEJ TINGKATAN ENAM SARATOK EDISI 2021
P. 8

The











                                                                Tahun 2021 ini, kita masih berdepan
                                                        dengan      gelombang      pandemik     Covid-19.
                                                        Banyak     kekangan      dan    halangan     yang
                                                        terpaksa     kita   tempuhi.     Namun      berkat
                                                        kerjasama semua pihak khususnya guru-guru
                                                        maka cabaran tersebut dapat kita tempuhi.
                                                        Kita berjaya menjalankan kelas-kelas secara
                                                        Pembelajaran Dari Rumah. Kita juga dapat
                                                        menjalankan      aktiviti-aktiviti  dan  menyertai
                                                        pertandingan      bersifat  kokurikulum    secara
                                                        maya. Hal ini membuktikan warga K-TES
                                                        mampu berdepan sebarang cabaran dan
                                                        juga situasi.
                                                                Tahun ini, kita berharap agar usaha
                                                        gigih seluruh warga KTES sama ada guru, ahli
                                                        kumpulan pelaksana dan para pelajar dapat
                                                        diteruskan. Kita percaya, usaha dan komitmen
                                                        yang    jitu  pasti  akan    membuahkan       hasil
                                                        khususnya     dalam    memastikan     K-TES   terus
                                                        berada di landasan yang betul sebagai
                                                        sebuah     institusi  pendidikan yang mampu
                                                        melahirkan modal insan yang berdaya saing
           Assalamualaikum         Warahmatullahi       dan berhemah. Kita di peringkat pengurusan
   Wabarakatuh, salam sejahtera dan Salam               akan sedaya upaya merancang startegi yang
   Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak.                 terbaik    untuk   memastikan      KTES   mampu
                                                        menjadi sebuah kolej yang disegani terutama

           Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah         dalam aspek akademik dan kokurikulum.
   S.W.T kerana dengan izin dan hidayah-Nya,                    Sudah terbukti, K-TES telah melahirkan
   majalah Kolej Tingkatan Enam Jilid ke-6 ini.         ramai    pelajar   yang    berjaya   melanjutkan
   Syabas dan tahniah kepada seluruh sidang             pelajaran ke menara gading saban tahun.
   redaksi     yang     telah     bertungkus-lumus      Kita   mempunyai       statistik  sebagai    bukti
   menyiapkan      majalah    ini.  Saya   maklum,      kejayaan kita membimbing pelajar sehingga
   bukan mudah menghasilkan sebuah majalah              mereka layak meenyambung pelajaran ke
   lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik yang         peringkat universiti. Dalam bidang kokurikulum,
   menyebabkan         semua     aktiviti  terbatas     kita mempunyai banyak wakil dalam pelbagai
   sekaligus           menjejaskan            usaha     pertandingan yang dianjurkan di peringkat
   mendokumentasikan        semua     aktiviti  K-TES.  daerah dan juga negeri. Hal ini membuktikan
   Berkat komitmen seluruh ahli redaksi dan             kita juga mampu bersaing di peringkat yang
   sokongan     semua     pihak,   maka     terbitlah   lebih tinggi.
   majalah berkonsep digital yang pertama ini.                  Akhir  kata,   saya    berharap    seluruh
           Saya    juga   amat     bersyukur    dan     warga KTES akan terus berganding bahu,
   berbangga      kerana    kali  ini  kita  berjaya    bersemangat       jitu   dan    beriltizam    bagi
   menghasilkan majalah dalam bentuk digital            memastikan kolej yang kita sayangi ini terus
   buat julung-julung kalinya di kolej ini. Semoga      melangkah menuju puncak kecemerlangan.
   usaha yang dirintis ini akan berterusan dan
   diperkemaskan dari tahun ke tahun.
                                                        Abg Mansor bin Abg Sebli
                                                        Pengetua Kolej Tingkatan Enam Saratok
                                                                                                         7
 @Hak Cipta Terpelihara Kolej Tingkatan Enam Saratok 2021
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13