Page 7 - MAJALAH THE PIONEERS KOLEJ TINGKATAN ENAM SARATOK EDISI 2021
P. 7
The
Assalamualaikum WBT dan Salam Menjulang
Pendidikan Negeri Sarawak
Alhamdulillah, segala puji buat Tuhan
Yang Maha Esa dan Maha Pengasih atas
kesempatan untuk saya berkongsi nukilan
dalam Majalah “The Pioneers” Kolej Tingkatan
Enam Saratok Jilid-6 bagi Tahun 2021.
Syabas dan tahniah buat seluruh warga
Kolej Tingkatan Enam Saratok atas usaha yang
tidak berbelah bahagi dalam penghasilan
Majalah “The Pioneers” sebagai majalah rasmi
kolej dan buah tangan yang berinformasi bagi
tahun ini.
Sesungguhnya sokongan PPD Saratok terhadap perkembangan Kolej
Tingkatan Enam Saratok tidak pernah berbelah bahagi apatah lagi hendak berbeza
kasih dengan sekolah menengah aliran perdana yang lain. Penjenamaan semula
urus tadbir Kolej Tingkatan Enam Saratok oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) bagaikan satu sandaran terbaik buat kami pada peringkat PPD Saratok untuk
meningkatkan nisbah kepercayaan masyarakat terhadap program yang ditawarkan
di Kolej Tingkatan Enam Saratok seterusnya sebagai laluan alternatif terbaik bagi
menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Pendidikan di negara kita sedang mengalami proses transformasi yang pantas seiring
dengan Revolusi Industri 4.0. Semua warga pendidik diminta mengadaptasi dan
memperlengkap diri dengan pelbagai kaedah dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP). Dengan peluang ini, saya juga ingin mengambil kesempatan
untuk mengucapkan tahniah khasnya kepada semua warga pendidik di Kolej
Tingkatan Enam Saratok atas komitmen yang tinggi dalam menyampaikan ilmu
kepada pelajarpelajar dalam suasana pandemik Covid-19 yang mencabar ini.
Sebagai penutup, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih atas ruang tinta
yang diberikan. Tahniah atas segala usaha keras Sidang Redaksi “The Pioneers” dan
syabas atas segala sokongan warga Kolej Tingkatan Enam Saratok, khususnya
kepada Pengetua, barisan pihak pengurusan, warga pendidik serta staf AKP.
Sesungguhnya, “bulat air kerana pembentung, bulatnya insan kerana
muafakat”
Sekian. Terima kasih.
EN. ANIS BIN MADELI
Pegawai Pendidikan Daerah Saratok
6
@Hak Cipta Terpelihara Kolej Tingkatan Enam Saratok 2021