Page 5 - Laporan AGM KUPUTRA Ke 36
P. 5
SEJARAH PENCIPTAAN LOGO
Pertandingan Mencipta Logo Koperasi Universiti Pertanian Malaysia
(KUPERTAMA) telah diadakan pada tahun 1988. Beberapa penyertaan telah
diterima dari staf dan pelajar UPM. Beberapa penilaian semula di buat bagi
memilih pemenang logo yang sesuai dengan imej dan peranan koperasi
dengan bentuk logo yang boleh bertahan mengikut peredaran masa.
Di dalam pemilihan oleh anggota koperasi berkaitan logo berkenaan, pihak
koperasi UPM sebulat suara telah memilih logo yang direkabentuk oleh En.
Zainuddin bin Idris (staf Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM) sebagai
Pemenang Utama. anggota lembaga koperasi bersama Ybhg.Prof.Datuk Dr.Raduan Che Rose, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Profesor Negara
*Nama koperasi telah ditukar dari KUPERTAMA kepada KUPUTRA, apabila
nama Universiti Pertanian Malaysia telah ditukar kepada Universiti Putra
Malaysia.
RINGKASAN MAKNA LOGO
Bentuk logo terbentuk dari keratan dua huruf K yang berhadapan di antara
kedua-duanya.
Huruf K bermakna KUPUTRA.
Dua huruf K juga bermakna, keteguhan kerjasama, kekuatan urus tadbir
yang baik.
Keratan huruf K di sebelah kiri, graf peningkatan dari sudut perkhidmatan,
keuntungan, pengurusan dan urusan kawal selia.
Keratan huruf K di sebelah kanan, perseimbangan timbal balik dalam
pengurusan perkhidmatan dan pencapaian koperasi.
Huruf K warna emas dan hitam, keteguhan dan kecemerlangan KUPUTRA
dalam menjana perkhidmatan dan pencapaian kepada warga kampus
iv