Page 7 - Laporan AGM KUPUTRA Ke 36
P. 7

Koperasi Universiti Putra Malaysia Berhad (KUPUTRA)  Koperasi Universiti Putra Malaysia Berhad (KUPUTRA)
 LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 36  LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 36

 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE - 36  PERUTUSAN PENGERUSI
 KOPERASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BERHAD  KOPERASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BERHAD




 Aturcara





                                          Bersempena bulan Syawal 1439 H  bulan mulia, saya
                                          mengambil kesempatan mengucapkan “ Selamat Hari
                                          Raya Aidil  Fitri “ dan mengalu-alukan kehadiran
                                          anggota ke Mesyuarat Agung Tahunan (MAT)  Koperasi
                                          Universiti Putra Malaysia Berhad (KUPUTRA) ke 36 pada
                                          tahun ini. Diadakan di tempat yang selesa, Dewan Besar
                                          Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin
                                          Abdul Aziz Shah, UPM.

          Alhamdulillah, walaupun penuh dengan cabaran untuk mengekalkan prestasi dan
          keuntungan, tahun 2017 mempunyai erti tersendiri kerana ada suka dan duka untuk KUPUTRA.
          Suka kerana Hotel Place2Stay @ The Mines milik  penuh KUPUTRA dapat disiapkan dan telah
          beroperasi sejak 10 November 2017.  Duka pula adalah, penutupan  Stesen Minyak Petronas
          Serdang Raya, setelah dikendalikan selama 20 tahun dan memberi pulangan keuntungan
          yang baik setiap tahun.

          Selain kejayaan dalam aktiviti perniagaan, KUPUTRA juga mendapat pengiktirafan dari
          Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang meletakkan KUPUTRA berada pada kedudukan
          No.31 dalam indeks 100 Koperasi terbaik Malaysia 2017.

          Dengan  pelbagai kejayaan  yang telah  dicapai dan cabaran baru  yang mesti  dihadapi,
          sudah tentu warga kerja KUPUTRA memerlukan semangat yang lebih tinggi untuk mencari
          dan meneroka peluang perniagaan bagi menambah pendapatan dan pada masa yang
          sama terus berusaha mempertahankan  apa-apa kejayaan yang telah dicapai.

          Mudah-mudahan dengan sokongan padu dan kerjasama anggota serta kerja keras warga
          kerja, KUPUTRA akan terus kekal sebagai sebuah koperasi berwibawa dan diyakini boleh
          dipercaya. Insya Allah.

          Selamat Bersidang.
                                   “ KEUNTUNGAN MILIK BERSAMA “




                                       DR. HJ. DASRILSYAH BIN SYAHRIAL
                                                Pengerusi






 vi                                              vii
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12