Page 6 - Laporan AGM KUPUTRA Ke 36
P. 6

Koperasi Universiti Putra Malaysia Berhad (KUPUTRA)                                           Koperasi Universiti Putra Malaysia Berhad (KUPUTRA)
                                LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 36                                                        LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 36

                            MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE - 36                                       PERUTUSAN PENGERUSI
                            KOPERASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BERHAD                                  KOPERASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BERHAD




                                            Aturcara





                                                                                                                                        Bersempena bulan Syawal 1439 H  bulan mulia, saya
                                                                                                                                        mengambil kesempatan mengucapkan “ Selamat Hari
                                                                                                                                        Raya Aidil  Fitri “ dan mengalu-alukan kehadiran
                                                                                                                                        anggota ke Mesyuarat Agung Tahunan (MAT)  Koperasi
                                                                                                                                        Universiti Putra Malaysia Berhad (KUPUTRA) ke 36 pada
                                                                                                                                        tahun ini. Diadakan di tempat yang selesa, Dewan Besar
                                                                                                                                        Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin
                                                                                                                                        Abdul Aziz Shah, UPM.

                                                                                                        Alhamdulillah, walaupun penuh dengan cabaran untuk mengekalkan prestasi dan
                                                                                                        keuntungan, tahun 2017 mempunyai erti tersendiri kerana ada suka dan duka untuk KUPUTRA.
                                                                                                        Suka kerana Hotel Place2Stay @ The Mines milik  penuh KUPUTRA dapat disiapkan dan telah
                                                                                                        beroperasi sejak 10 November 2017.  Duka pula adalah, penutupan  Stesen Minyak Petronas
                                                                                                        Serdang Raya, setelah dikendalikan selama 20 tahun dan memberi pulangan keuntungan
                                                                                                        yang baik setiap tahun.

                                                                                                        Selain kejayaan dalam aktiviti perniagaan, KUPUTRA juga mendapat pengiktirafan dari
                                                                                                        Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang meletakkan KUPUTRA berada pada kedudukan
                                                                                                        No.31 dalam indeks 100 Koperasi terbaik Malaysia 2017.

                                                                                                        Dengan  pelbagai kejayaan  yang telah  dicapai dan cabaran baru  yang mesti  dihadapi,
                                                                                                        sudah tentu warga kerja KUPUTRA memerlukan semangat yang lebih tinggi untuk mencari
                                                                                                        dan meneroka peluang perniagaan bagi menambah pendapatan dan pada masa yang
                                                                                                        sama terus berusaha mempertahankan  apa-apa kejayaan yang telah dicapai.

                                                                                                        Mudah-mudahan dengan sokongan padu dan kerjasama anggota serta kerja keras warga
                                                                                                        kerja, KUPUTRA akan terus kekal sebagai sebuah koperasi berwibawa dan diyakini boleh
                                                                                                        dipercaya. Insya Allah.

                                                                                                        Selamat Bersidang.
                                                                                                                                 “ KEUNTUNGAN MILIK BERSAMA “




                                                                                                                                     DR. HJ. DASRILSYAH BIN SYAHRIAL
                                                                                                                                              Pengerusi






                                                 vi                                                                                           vii
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11