Page 78 - Laporan Tahunan MAT UNIKEB Ke 41
P. 78

KOPERASI UNIKEB BERHAD
                         LAPORAN / AGENDA






                                   UNIT CAWANGAN (PPUKM & KKL)


           Umart KKL telah diubahsuai kepada kedai Tukar oleh SKM pada bulan Julai 2014. Umart KKL menjalankan
           perniagaan berkonsepkan pasar mini.Umart KKL menjual berbagai jenis barang keperluan seperti kasut,
           buku umum, alat tulis, menerima insuran, cukai jalan, Epay, Touch n Go, bayaran bil utiliti dan tiket bas
           untuk warga KKL, pelajar, pelawat yang datang membuat temujanji (mata dan gigi) dan pekerja hospital
           yang berdekatan.


           Cawangan Umart (1) telah  beroperasi di PPUKM dari mula pembukaan Hospital pada tahun 1997.Umart
           (1)  berada di bangunan klinikal berdekatan lobi pelawat,ia menjalankan perniagaan berkonsepkan pasar
           mini.Umart (1)  menjual berbagai jenis barangan keperluan  warga PPUKM/KKL, pesakit, pelawat dan
           penduduk setempat. Umart (1)  memberi khidmat penghantaran suratkhabar, air mineral dan makanan
           ke jabatan-jabatan yang membuat pesanan.
                                                                                  Umart (2) terletak bersebelahan
                                                                                  unit  kecemasan  PPUKM  mula
                                                                                  beroperasi  pada  13  Februari
                                                                                  2013 menumpukan pada alatan
                                                                                  tulis  dan  kasut  kesihatan,dan
                                                                                  beroperasi 24 jam.

                                                                                  Kaunter  Pos  Mini  beroperasi
                                                                                  untuk pembayaran bil, insuran,
                                                                                  setem dan lain-lain. Disamping
                                                                                  itu kaunter Pos Mini menerima
                                                                                  borang    ahli    baru,borang
                                                                                  barangan  kredit  dan  borang
                                                                                  pembiayaan    wang  untuk
                                                                                  dihantar  ke  Unit  Pembiayaan
                                                                                  untuk proses kelulusan.


                                                                                  Kedai Serbanika baharu dalam
           perancangan  akan  di  buka  pada  pertengahan  tahun  2018  di  bangunan  Pra  Klinikal  bersebelahan
           bangunan  UMBi  di  PPUKM.  Kedai  Serbanika  baru  mengutamakan    sarapan  pagi  ,  makanan  dalam
           bekas dan barangan keperluan warga PPUKM dan pelajar  dan lebih santai.Pada tahun 2017 cawangan
           PPUKM/KKL telah  mencatatkan  penjualan  sebanyak  RM  7.3juta.  Dengan  untung  kasar  RM  1.4  juta
           Pada tahun 2018 cawangan PPUKM/KKL mensasarkan jualan sebanyak RM8.7 juta. Dengan untung
           kasar RM1.9 juta. Peningkatan jualan ini dipengaruhi dengan berbagai jenis perancangan yang telah di
           aturkan seperti membuat sudut promosi makanan dan minuman secara berkala sepanjang tahun.
















            78
                 LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE - 41
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83