Page 80 - Laporan Tahunan MAT UNIKEB Ke 41
P. 80

KOPERASI UNIKEB BERHAD
                         LAPORAN / AGENDA







                 UNIT AR RAHNU DAN KEDAI EMAS CAWANGAN KAJANG


           Memulakan operasi pada 18 November 2014. Ar Rahnu UNIKEB dan Kedai Emas UNIKEB adalah unit
           yang ditempatkan dalam satu premis dan lokasi perniagaan adalah di Prima Saujana Kajang Selangor.
           (Berdekatan dengan Pasaraya Giant dan Kolej Komuniti)

           Sepanjang  operasi  pada  tahun  2017,  unit  Ar  Rahnu  UNIKEB  Cawangan  Kajang  telah  mencatat
           pendapatan  kasar  berjumlah  RM193  ribu  berbanding  dengan  tahun  2016  berjumlah  RM105  ribu,
           peningkatan sebanyak RM88 ribu (83%). Jumlah pengeluaran pinjaman kepada pengadai untuk tahun
           2017 adalah berjumlah RM3.46 juta berbanding dengan tahun 2016 berjumlah RM1.75 juta dengan
           peningkatan sebanyak RM1.71 juta (97%).

           Prestasi unit Kedai Emas Kajang sepanjang tahun 2017 telah mencatat jualan barang kemas berjumlah
           RM714 ribu berbanding jualan pada tahun 2016 berjumlah RM265 ribu dengan peningkatan sebanyak
           RM449 ribu (169%) dan mendapat keuntungan kasar sebanyak RM90 ribu berbanding tahun 2016 yang
           mencatat sebanyak RM23 ribu dengan peningkatan sebanyak RM67 ribu (291%).


           Bagi tahun 2018, unit Ar Rahnu Kajang mensasarkan pengeluaran gadaian berjumlah RM3.5 juta dengan
           pendapatan kasar RM280 ribu manakala Kedai Emas pula mensasarkan jualan berjumlah RM850 ribu
           dengan keuntungan kasar berjumlah RM167 ribu. Komitmen dari kakitangan serta sokongan yang padu
           daripada Anggota UNIKEB dan masyarakat setempat akan merealisasikan sasaran Ar Rahnu dan Kedai
           Emas seperti yang ditetapkan.
















































            80
                 LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE - 41
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85