Page 83 - Laporan Tahunan MAT UNIKEB Ke 41
P. 83

KOPERASI UNIKEB BERHAD
                                                                                        LAPORAN / AGENDA






                                                UNIT PEMBIAYAAN


             Unit  Pembiayaan  bagi  tahun  2017  terus  menjadi  penyumbang  utama  kepada  keuntungan  UNIKEB
             secara keseluruhannya.  Unit Pembiayaan terdiri daripada 3 komponen utama iaitu Pembiayaan Wang,
             pembiayaan barangan dan perkhidmatan Potongan Gaji.

             Bagi memenuhi keperluan dan kehendak anggota, penawaran produk pembiayaan telah dipelbagaikan.
             Produk-produk yang terdapat di Unit Pembiayaan ialah :

             a.     Pembiayaan Bai Al Inah
             b.     Pembiayaan Ekspress
             c.     Perbiayaan Persekolahan
             d.     Pembiayaan Emas
             e.     Pembiayaan Aidilfitri
             f.     Pembiayaan Barangan & Perkhidmatan


             Produk Pembiayaan Ekspress merupakan produk yang mendapat permintaan yang tinggi di kalangan
             anggota. Pembiayaan Ekspress ini yang menawarkan pembiayaan maksimum berjumlah RM 20,000
             berjaya  mencatatkan  bilangan  penerima  biaya  seramai    352  orang  bagi  tahun  2017.    Manakala,
             Pembiayaan  Bai  Al  Inah  yang  menawarkan  jumlah  pembiayaan  maksimum  sehingga  RM  150,000
             mencatatkan bilangan penerima biaya seramai 279 orang.

             UNIKEB amat prihatin dengan keperluan para anggota dalam menangani kos kehidupan yang semakin
             meningkat dan mencabar. Pembiayaan Persekolahan mula ditawarkan pada Disember 2015 khusus untuk
             membantu para anggota dalam menangani keperluan persekolahan anak-anak.  Bagi menggalakkan
             anggota meningkatkan peluang pelaburan ,mulai 2016 Unikeb menawarkan Pembiayaan Emas untuk
             kemudahan para anggota memiliki emas di Kedai Emas UNIKEB. Sepanjang tahun 2017, seramai 166
             orang anggota telah menggunakan kemudahan ini untuk memiliki emas yang ditawarkan di Kedai Emas
             UNIKEB.

             UNIKEB juga menawarkan Pembiayaan Aidilfitri khusus untuk membantu meringankan beban kewangan
             para anggota supaya dapat menyambut lebaran dengan lebih ceria disamping keluarga. UNIKEB dalam
             perancangan untuk mempelbagaikan kemudahan pembiayaan untuk memenuhi keperluan anggota.

                                                                             Secara      keseluruhannya     pada
                                                                             tahun    2017,   Unit   Pembiayaan
                                                                             telah    mencatatkan     keuntungan
                                                                             kasar  sebanyak    RM6,423,045
                                                                             berbanding     tahun    2016    iaitu
                                                                             sebanyak     RM5,629,877     sahaja.
                                                                             Unit  Pembiayaan  berazam  untuk
                                                                             memberikan             perkhidmatan
                                                                             pembiayaan  terbaik  kepada  semua
                                                                             anggota  yang  memerlukan.    Tahun
                                                                             2018,  Unit  Pembiayaan  berazam
                                                                             untuk     terus    mara      sebagai
                                                                             penyumbang        utama      kepada
                                                                             keuntungan UNIKEB.



                                                                                                              83
                                                                               LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE - 41
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88