Page 92 - Laporan Tahunan MAT UNIKEB Ke 41
P. 92
KOPERASI UNIKEB BERHAD
LAPORAN / AGENDA
1.0 Objektif Pengauditan
Objektif audit dalaman adalah bagi membantu pihak pengurusan dan pentadbiran melaksanakan
tugas-tugas dan tanggungjawab mereka dengan cekap dan berkesan melalui penganalisaan, penilaian
dan membuat cadangan serta ulasan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.
2.0 Skop dan Mekanisme Pengauditan.
Fokus pengauditan yang dilaksanakan adalah dengan memberi tumpuan kepada pengurusan ke atas
aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi UNIKEB Berhad serta menyemak dan menilai aspek-
aspek lain yang berkaitan dengan aktiviti. Pengauditan dilaksanakan berasaskan pematuhan kepada
Akta Koperasi, Peraturan-peraturan Koperasi, Garis Panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM) dan Undang-undang Kecil Koperasi.
3.0 Pelaksanaan Audit Sepanjang Tahun 2017
Sepanjang tahun 2017 JAD telah melaksanakan dan mengemukakan sebanyak 4 laporan kepada
Lembaga Pengarah Koperasi UNIKEB. Pengauditan yang dilaksanakan ialah dalam Tadbir Urus
ALK Koperasi UNIKEB, Pengurusan Unit Kewangan UNIKEB, Operasi Perniagaan Umart Kampus
Kuala Lumpur dan Operasi Unit Kedai Buku Universiti. Hasil penemuan dan laporan adalah seperti
di bawah.
4.0 Penemuan Audit
BIL LAPORAN AUDIT
URUS TADBIR AHLI LEMBAGA KOPERASI.
1
Auditan terhadap urus tadbir Ahli Lembaga Koperasi dilaksanakan berpandukan kepada Garis
Panduan Suruhanjaya Koperasi Malaysia GP 27: Garis Panduan Tadbir Urus Koperasi .
A. PERLANTIKAN ALK (Jawatankuasa Pencalonan ALK)
Audit mendapati
i. GP 27 telah menyarankan koperasi untuk mewujudkan Jawatankuasa Pencalonan
(yang bertanggungjawab menguruskan urusan pemilihan ahli ALK), kriteria kelayakan,
pelan pengantian ALK dan Pengurus Besar, penilaian prestasi ahli ALK dan Pengurus
Besar serta Pengurusan Kanan. Walau bagaimanapun peranan ini tidak dilaksanakan
sepenuhnya yang mungkin boleh menjejas keberkesanan urusan koperasi di masa
hadapan.
ii. Tiada fail bagi setiap ahli ALK yang dilantik untuk penyimpanan maklumat dan dokumen
urusan perlantikan, latihan, kelayakan dan urusan rasmi dalam koperasi disediakan.
Ini menyukarkan pemeriksaan dan pengumpulan maklumat.
Audit mencadangkan
i. Koperasi dapat memastikan Jawatankuasa Pencalonan ALK dapat berperanan seperti
yang ditetapkan dalam GP 27 bagi memastikan urus tadbir koperasi mempunyai ahli
92
LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE - 41