Page 95 - Laporan Tahunan MAT UNIKEB Ke 41
P. 95
KOPERASI UNIKEB BERHAD
LAPORAN / AGENDA
BIL LAPORAN AUDIT
3 UMART CAWANGAN
JAD telah melaksanakan audit perniagaan UMART yang berada di Kampus Kuala Lumpur.
Hasil pengauditan ini, JAD mendapati
i. Surat pelantikan pembekal dan nama pembekal yang dilantik tiada salinan rekod
di UMART KL. Terdapat barang makanan ringan yang tiada tanda logo halal dan
meragukan.
ii. Prestasi perniagaan Umart ini bagi tahun 2016 dan 2017 didapati hanya mencapai
sasaran jualan sebanyak 2 bulan sahaja dalam setahun.
iii. Tiada kemudahan CCTV untuk memantau keselamatan barangan daripada kecurian
dan alat pemadam api dalam premis perniagaan tersebut.
Cadangan& Syor Audit :
Pihak Pengurusan Koperasi perlu membuat pengemaskinian kawalan operasi perniagaan,
memberi perhatian terhadap aspek keselamatan dan juga mengambil tindakan meningkatkan
prestasi perniagaan bagi mencapai sasaran jualan yang ditetapkan.
4 UNIT : KEDAI BUKU UNIKEB
KEWANGAN KBU
Audit mendapati,
Analisis kewangan sepanjang tahun 2016 mendapati bahawa kos perbelanjaan tetap ialah
sebanyak RM 90,546.99 dan keuntungan kasar jualan hanya sebanyak RM 43,493.88 sahaja.
Oleh itu Koperasi perlu menampung kerugian operasi KBU 69.49% sepanjang tahun 2016.
Berdasarkan analisis laporan kewangan mendapati operasi KBU mengalami kerugian yang
besar yang perlu ditampung oleh Koperasi setiap tahun.
Cadangan & Syor Audit :
Pihak pengurusan tertinggi perlu membuat penganalisaan terperinci sama ada ingin meneruskan
operasi KBU dalam bentuk yang berdaya saing. Sekiranya tiada pilihan pengurusan perlu
mengambil tindakan menamatkan operasi dan memberi tumpuan tenaga dan kewangan untuk
aktiviti perniagaan yang lebih daya saing.
5.0 RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT
Setelah audit dijalankan mengikut perancangan yang telah diaturkan oleh Jawatankuasa Audit
Dalaman, secara keseluruhan pentadbiran dan pengurusan koperasi dari aspek pentadbiran,
perniagaan dan kewangan dilakukan dengan baik namun perlu meningkatkan lagi kecekapan dalam
pengurusan pentadbiran.
95
LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE - 41