Page 94 - Laporan Tahunan MAT UNIKEB Ke 41
P. 94
KOPERASI UNIKEB BERHAD
LAPORAN / AGENDA
BIL LAPORAN AUDIT
2 PENGURUSAN UNIT KEWANGAN
JAD mengaudit pengurusan kewangan dan unit Kewangan koperasi berpandukan kepada GP
8,9,16,23,24,dan 27 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
A. STRUKTUR ORGANISASI UNIT KEWANGAN
Audit mendapati,
Unit Kewangan diketuai oleh seorang Pengurus dan dibantu oleh 2 orang eksekutif
kewangan dan 5 orang kerani kewangan. Unit Kewangan tidak dapat menyediakan
i. Carta fungsi unti kewangan dan senarai tugas staf baru hendak disediakan.
ii. Peranan dan tanggungjawab serta objektif Unit tiada berdokumen dan tiada
penetapan KPI yang ditetapkan sebagai panduan dan pengukuran prestasi unit.
iii. Laporan kewangan disediakan setiap bulan untuk dilaporkan kepada Jawatankuasa
Kewangan dan Mesyuarat Lembaga ALK walau bagaimanapun didapati ada
kelemahan yang perlu diperbaiki.
iv. Laporan kewangan koperasi sepatutnya dikemukakan kepada JAD setiap 3 bulan
untuk pemeriksaan tidak dilaksanakan atas alasan tiada arahan.
v. Penyediaan Bajet tahunan dilaksanakan melalui perancangan Unit dan amalan
peningkatan peratusan berbanding tahun sebelumnya.
vi. Sebahagian besar urusan pembayaran kepada Pembekal dan juga Pembiayaan
dilaksanakan melalui atas talian EFT walau bagaimanapun mekanisma pemakluman
kepada penerima tiada.
vii. Pemantuan urusan hasil jualan unit ke bank dilaksanakan oleh Unit ini walau
bagaimanapun system pemeriksaan dan penyelarasan jualan dan kemasukan
duit ke bank tidak kemas. Ini membuka ruang berlaku ketirisan dan juga
penyelewengan.
viii. Hutang tidak dikutip oleh koperasi besar jumlahnya iaitu bagi hutang kemudahan
pembiayaan sebanyak RM 3 juta sehingga kini berjaya mendapatkan balik bayaran
sebanyak RM 262,368.10. Jualan kredit operasi perniagaan yang gagal dikutip
sebanyak RM 4.09 juta sehingga kini.
ix. Laporan agihan saham caruman ahli koperasi tidak dapat disediakan selaras
dengan syarat menjadi ahli yakni setiap ahli perlu membeli saham RM1,000.00
dan mencarum bulan. Urusan ini dilaksanakan bersama Unit Pentadbiran.
x. Pengurusan fail dan rekod di Unit Kewangan tidak sistematik dan tiada ruang
penyimpanan dokumen yang kemas. Ini menjadi risiko kehilangan dokumen untuk
urusan pembayaran kepada pembekal dan juga untuk urusan pemeriksaan dan
pengauditan.
94
LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE - 41