Page 10 - Manual Pengurusan HEM BRASS 2019
P. 10
Manual Pengurusan HAL EHWAL MURID 2019 s m k b r – cendekia Z etika Z terampil
3. Membantu Lembaga Disiplin Sekolah untuk mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan serius yang
boleh membawa kepada hukuman penggantungan persekolahan atau hukuman buang sekolah.
4. Bekerjasama dengan Badan Pengawas untuk menguruskan kawalan disiplin dalam majlis sekolah.
5. Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem pemantauan yang berkesan.
6. Menerima laporan guru/ pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.
7. Menjalankan hukuman disiplin yang diwakilkan oleh pengetua.
8. Menjalankan rondaan (dengan bantuan Guru Bertugas Mingguan) untuk mengesan murid yang ponteng dan
melanggar disiplin sekolah.
9. Menyediakan dan membekalkan data serta maklumat disiplin kepada Kementerian/ Jabatan Pelajaran Negeri/
PPD menerusi Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM).
10. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin murid.
11. Menjadi perantara ibu bapa/ penjaga dengan sekolah dalam menangani masalah disiplin murid.
Setiausaha Disiplin
1. Menyampaikan keputusan Jawatankuasa Disiplin kepada semua guru (jika berkenaan).
2. Menyampaikan perubahan peraturan dan perkembangan disiplin dari semasa ke semasa kepada guru dan
murid dalam mesyuarat/ perhimpunan, dsb.
3. Menyelaras perkara-perkara berkaitan disiplin seperti yang tertera dalam bilangan 1 -11 di atas.
4. Melengkapkan dan mengemaskini Fail Pengurusan Disiplin dan meletakkannya di Bilik Dokumentasi.
Buku Kawalan Kelas (BKK)
1. BKK disediakan kepada setiap kelas.
2. BKK diedar kepada setiap kelas pada setiap pagi.
3. Memastikan setiap kelas mempunyai BKK.
4. Memastikan Ketua Kelas (KK) memulangkan BKK di rak yang disediakan selepas waktu persekolah setiap hari.
5. BKK hendaklah sentiasa berada dengan KK dan diserahkan kepada guru yang masuk pada setiap waktu.
6. Memastikan setiap guru mencatat bilangan murid yang berada dalam kelas pada masa tersebut.
7. Guru juga mesti mencatat nama-nama murid yang keluar kelas/lambat masuk/ponteng kelas semasa guru
mengajar.
8. Semua keas salah laku murid yang ringan dan sederhana mesti diambil tindakan oleh guru berkenaan semasa
waktunya. Hanya kes-kes berat sahaja perlu dicatatkan dalam BKK untuk tindakan Penyelaras Disiplin pada
keesokan harinya. Jika kes berat yang memerlukan tindakan segera, buat catatan dalm BKK dan terus maklum
kepada Ketua Guru Disiplin/PK HEM.
9. Menyemak BKK setiap hari dan mengambil nama murid yang bermasalah untuk tindakan selanjutnya pada
keesokannya.
10. Menjaga BKK dengan baik dan sempurna dan serah kepada PK HEM pada akhir semester 1 dan 2.
11. Sekiranya BKK hilang, KK hendaklah melaporkan kepada Ketua Guru Disiplin dengan segera.
12. Melaporkan nama guru yang tidak hadir mengajar (dalam BKK) kepada PK HEM atau Pengetua.
Amaran Ponteng Sekolah
1. Murid dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa surat daripada ibu
bapa/penjaga atau surat sakit (MC) pada keesokan harinya.
2. Memastikan Guru Kelas (GK) menanda “0” dalam BJKM kelas bagi murid yang tidak hadir tanpa sebab.
3. Jadual penghantaran Surat Amaran Ponteng Sekolah (oleh GK) adalah seperti berikut:
Tindakan Ponteng Berterusan Ponteng Berkala/Tidak Berterusan
Amaran I 3 hari berturut-turut 10 hari
Amaran II 7 hari selepas surat Amaran I 10 hari selepas surat Amaran I
Amaran III 7 hari selepas surat Amaran II 20 hari selepas surat Amaran II
Buang Sekolah 14 hari selepas surat Amaran III 20 hari selepas surat Amaran III
Jumlah Keseluruhan 31 hari 60 hari
4. GD merekod semua proses tindakan di atas dalam SSDM serta borang Rekod Ponteng Sekolah dan merekod
hantaran surat kepada ibubapa/penjaga (dalam Fail Kelas).
5. Surat Amaran I, II dan III mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh:
Amaran I oleh PK HEM
Amaran II oleh PK HEM
Amaran III oleh PK HEM
Buang Sekolah oleh Pengetua (4 salinan)
Catatan dibuat dalam BJKM untuk surat-surat seperti berikut:
9