Page 11 - Manual Pengurusan HEM BRASS 2019
P. 11

Manual Pengurusan HAL EHWAL MURID 2019                                                              s  m  k  b  r  –  cendekia Z etika Z terampil
                          AP   :  Amaran I
                          AK  :  Amaran II
                          AT  :  Amaran III
                          BS   :  Buang Sekolah
               6.  Sekiranya murid hadir sekolah selepas sesuatu tindakan dibuat, perturan beikut hendaklah dipatuhi:
                         Selepas surat Amaran I, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibubapa/penjaga masing-
                          masing.
                         Selepas surat Amaran II, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibubapa/penjaga masing-
                          masing dan berjumpa PK HEM terlebih dahulu.
                         Selepas surat Amaran III, murid mestilah datang ke sekolah bersama ibubapa/penjaga dan berjumpa
                          dengan Pengetua. Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Pengetua berpuas hati dengan
                          jaminan yang diberi oleh ibu bapa/penjaga melalui Surat Aku Janji. Murid hanya dibenarkan bersekolah
                          semula setelah membuat rayuan dan diluluskan oleh JPN.

               Murid Datang Lewat
               1.  Menyediakan Buku Rekod Datang Lewat (BRDL)
               2.  Memastikan pengawas bertugas merekodkan murid datang lewat.
               3.  Membuat tindakan kepada murid yang datang lewat 3 kali atau lebih.
               4.  Jadual tindakan kes datang lewat ke sekolah adalah seperti berikut:

                       Bilangan Hari Lewat            Tatacara Tindakan                Tindakan
                                            •  Amaran lisan                     Guru bertugas
                           1 – 2 kali       •  Rekod dalam Buku Rekod Datang    Pengawas
                                                Lewat
                                            •  Amaran lisan                     Guru Disiplin
                             3 kali
                                            •  Rekod dalam SSDM
                                            •  Rujuk kepada guru B&K            Guru B&K
                          Kes Berulang      •  Hubungi ibubapa/penjaga          Guru Disiplin
                                            •  Aku Janji murid, ibubapa/penjaga   PK HEM

               Pemeriksaan Mengejut (Spot Check)
               1.  Pemeriksaan mengejut boleh dijalankan dari masa ke semasa sama ada di kelas atau tapak perhimpunan atas
                   arahan pihak pentadbir.
               2.  Pemeriksaan dijalankan dengan bantuan pengawas dan disaksikan oleh murid berkenaan.
               3.  Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod dalam Buku Rekod Barang
                   Rampasan (BRBR) yang disimpan dalam almari berkunci di bilik PK HEM.
               4.  Barang larangan akan disimpan di dalam bilik PK HEM.
               5.  Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya boleh dituntut oleh ibubapa/penjaga murid selepas
                   berjumpa dengan PK HEM dan menandatangani Surat Perjanjian.
               6.  Barang rampasan yang tidak dituntut selepas 3 tahun akan dilupuskan setelah diputuskan dalam mesyuarat Ahli
                   Lembaga Disiplin & AJK PIBG.
               7.  Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid.


               BADAN PENGAWAS SEKOLAH

               Pengerusi               :  Tn. Hj. Abdul Razak bin Hj. Ahmad
               Timbalan Pengerusi    :  Tn. Hj. Fatthul Mueim bin Bustaman
               Naib Pengerusi         :  Pn. Hjh. Aini binti Razik
                                            Pn. Hjh. Norziah binti Johod
               Setiausaha              :  Pn. Junaidah binti Abd Jalil
               Ahli Jawatankuasa       Cik Asnarita binti Tarmizi
                                            Pn. Samsiah binti Mamat
                                         Tn. Hj. Wan Afandi bin Wan Musa
                                         En. Rohaizad bin Mohd Din
                                         En. Abdul Manaf bin Baharudin

               BIDANG TUGAS

               1.  Menyenaraikan dan mengemukakan calon pengawas kepada Penolong Kanan HEM.
               2.  Menyediakan dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas pengawas.
                                                               10
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16