Page 60 - MEMBUDAYAKAN KECEMERLANGAN
P. 60
PELAKSANAAN STRATEGI
Pelaksanaan strategi ialah paling kritikal untuk merealisasikan visi, misi dan
objektif sesuatu pelan strategik. Ianya menghubungkait antara strategi
dengan perancangan dan prosedur. Bagi memastikan pelan strategik POLIPD
dapat berjalan lancar seperti yang dirancang maka pihak pengurusan
POLIPD perlu menyediakan persekitaran kerja yang kondusif. Semua staf
POLIPD dari peringkat bawahan ke peringkat atasan semuanya terlibat dalam
melaksanakan pelan strategik ini. Faktor kejayaan yang penting bagi POLPD
mencapai visi, misi dan objektif strategik banyak bergantung kepada
kemampuan pengurusan memotivasikan staf di semua peringkat pengurusan
untuk bekerja bersungguh sungguh sebagai sebuah pasukan. Dalam
melaksanakan perkara ini pendekatan secara komprehensif digunakan
dengan melibatkan semua peringkat pengurusan sejak penggubalan lagi.
Penglibatan semua kakitangan memudahkan aktiviti pelaksanaan.
Membudayakan Kecemerlangan 59