Page 61 - MEMBUDAYAKAN KECEMERLANGAN
P. 61
PELAN TINDAKAN
Pelan tindakan ialah satu kaedah menyatakan tindakan atau aktiviti yang perlu dijalankan
untuk mencapai visi dan misi sesebuah organisasi secara sistemaik. Ianya dirangka bagi
memastikan perancangan pelan strategik dapat dilaksanakan dengan licin dan lancar serta
memperoleh kejayaan seperti yang diharapkan. Pelan tindakan diatur mengikut keutamaan
dengan mengambil kira masa iaitu jangka masa mula dan jangka masa siap tersusun rapi
sehingga dijangkakan tiada aktiviti akan tergendala kerana ada pelan tindakan yang belum
diselesaikan. Bagi melicinkan perancangan pelan strategik dan hala tuju POLIPD maka
pelan tindakan disusun dengan menentukan masa mula dan masa siap sesuatu pelan yang
telah dirancang.
Sebagai kesimpulan kepentingan pelan tindakan dalam perancangan pelan strategik ialah
jelas untuk dirujuk, akauntabiliti dan memudahkan proses pemantauan. Pelan tindakan
juga memudahkan kawalan masa supaya kerja tidak tertangguh serta memudahkan
prosedur untuk disemak sebelum pelaksanaan. Seterusnya pelan tindakan memudahkan
pembinaan dokumentasi, membuat refleksi serta penilaian dan perancangan masa depan.
Akhir kata pelan tindakan menyediakan aktiviti yang dapat membantu perancangan pelan
strategik yang bersifat profesional
Membudayakan Kecemerlangan 60