Page 65 - MEMBUDAYAKAN KECEMERLANGAN
P. 65
KECEMERLANGAN AKADEMIK - Kaedah
Bagi mencapai matlamat dan hasrat ini Politeknik Port Dickson
mengambil beberapa inisiatif seperti berikut iaitu
i. Melaksanakan program yang responsif terhadap
kehendak industri dengan menghantar staf SIP di industri
dalam bidang yang kr itikal, mengadakan mesyuarat
Penasihat Industri di peringkat politeknik, menghantar staf
melalui program persijilan profesional, menjalankan program
pengajian yang ada kolaborasi dengan industri dan
meningkatkan bilangan PPPT yang ada pengalaman
kemahiran di industri.
ii. Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
efektif dan terkini dengan membudayakan kaedah CDIO dalam
projek di Politeknik Port Dickson, memperkasakan pelaksanaan
e-learning di dalam pengajaran dan pembelajaran serta
kaedah pengajaran berasaskan Work Based Learning.
iii. Mendapatkan akreditasi pihak luar menjelang tahun 2020
bagi program pilihan dengan mendapatkan akreditasi MQA
bagi program baharu, mendapat persijilan MS ISO 9001:2015
dan mendapatkan semula sijil APACC.
iv. Memperkasakan bidang tujahan sedia ada dan
membangunkan tiga bidang tujahan yang baru denga
mendapatkan dana dari pihak luar bagi menjalankan projek
bidang tujahan, mewujudkan ‘Centre’ bagi setiap bidang
tujahan dan menjadikan COT bagi bidang tujahan seba gai
pusat pensijilan industri bagi setiap bidang tujahan
Membudayakan Kecemerlangan 64