Page 21 - jogjareport2018
P. 21

Alun-alun adalah suatu tempat  yang lapang,besar dan laman persegi  yang biasanya

                   ada di pekan, kampung dan bandar di Indonesia manakala kraton atau Keraton (dalam
                   bahasa  Jawa)  merupakan  perkataan  untuk  Istana  Diraja  di  indonesia.  Perkataan  ini

                   berdasarkan ke-ratu-an  yang bermaksud  tempat tinggal  ratu.  Ratu  adalah panggilan
                   Diraja  tradisional  yang  merujuk  kepada  raja  atau  permaisuri.  Selain  nama  Masjid

                   Gedhe Kauman, masjid ini juga mempunyai beberapa nama iaitu Masjid Agung dan
                   Masjid Besar.



                       Masjid ini dibina pada hari Ahad, 29 Mei 1773M bersamaan dengan 6 Rabi’ul
                   Akhir  1187  Hijrah  dengan  luas  tanah  16000  meter  persegi  dengan  luas  bangunan

                   masjid  hingga  2578  meter  persegi.  Masjid  ini  didirikan  semasa  pemerintahan  Sri

                   Sultan Hamengku  Buwono  I, bersama seorang penghulu pertama kraton  iaitu  Kyai
                   Faqih  Ibrahim  Diponingrat,  penghulu  pertama  Kraton  dan  arkiteknya  ialah  Kyai

                   Wiryokusumo, yang merupakan arkitek yang tersohor pada ketika itu. Hingga saat ini,
                   Masjid  Gedhe  Kauman  dijaga  rapi  di  kraton  Yogyakarta  oleh  Anwar  Bustami,

                   penjaga Masjid Gedhe Kauman dari tahun 2002 hingga kini. Selang dua tahun, iaitu
                   pada tahun 1775, dirinya serambi masjid sebagai pelengkap saranan masjid .



                         Masjid ini ditubuhkan di Kauman dimana satu suku Islam berdekatan Keraton
                   yang penubuhannya sangat berkaitan dengan penubuhan Yogyakarta pada tahun 1756

                   dan  ketibaan  para  pemimpin  Islam  asing  ke  negeri  tersebut.  Syarat  apabila  sudah
                   membangunkan sebuah Keraton, haruslah membina sebuah masjid. Jadi, dari syarat

                   itu juga terbinanya Masjid Gedhe Kauman ini.    Masjid ini juga mempunya beberapa
                   bahagian bangunan. Salah satunya ialah di belah utara dan selatan mempunyai dua

                   buah  Pagongan  yang  khas  untuk  diletakkan  gamelan,  dua  buah  Pajagan  yang

                   merupakan tempat berjaga, Pengulon yang berfungsi sebagai rumah para ulama, imam
                   dan juga makam. Selain itu, masjid ini juga mempunyai perpustakaan, pejabat urusan

                   agama serta dewan.


                         Sebagai  salah  satu  bahagian  yang  tidak  dapat  dipisahkan  dengan  kraton

                   Yogyakarta, Masjid Gedhe Kauman ini sarat akan simbol dan filosofi Jawa. Masjid
                   ini mempunyai atap bersusun tiga dengan gaya tradisional Jawa yang bernama Tajuk

                   Lambang Teplak yang mempunyai ilustrasi daun kluwih dan gadha.




                                                            18                                        .
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26