Page 22 - jogjareport2018
P. 22

Bahagian dalam Masjid Gedhe Kauman juga mempunyai ornamentasi yang menarik

                   yang menyebabkan orang yang datang untuk solat tertanya-tanya dan kagum dengan
                   ukiran  yang mempunyai campuran  antara agama Hindu, Buddha dan  Islam.  Ruang

                   utama  solat  masjid  juga  mempunyai  36  tiang  yang  dikira  sebagai  6  darab  6,  yang
                   berdasarkan Rukun Iman.


                       Jenis  kayu  yang  digunakan  adalah  kayu  keras  dan  sambungan  antara  kayu

                   menggunakan sistem pasak. Tiang utama masjid ini berdiri teguh dengan ketinggian

                   empat meter. Sebelum kayu-kayu keras ini ditebang, anggaran pokok kayu tersebut
                   sudah mencecah 200 tahun. Masjid ini sudah berdiri dengan teguh selama 245 tahun.

                   Jadi,  umur  kayu  keras  masjid  ini  sudah  mencecah  445  tahun.    Ketika  pembinaan

                   Masjid  Gedhe  Kauman  ini,  pintu  gerbang  masih  belum  dibina  lagi  namun  semasa
                   pemerintahan  Sri  Sultan  Hamengkubuwono  V,  pintu  gerbang  ini  dibina  dan  masih

                   kukuh  sehingga  ke  hari  ini.  Oleh  kerana  Masjid  Gedhe  Kauman  ini  terletak  di
                   kompleks kraton Yogyakarta, maka ramai pengunjung datang untuk singgah solat dan

                   pada masa yang sama menghargai seni bina masjid tersebut.






























                                      Gambar rajah 2.2 Hadapan Masjid Gedhe Kauman










                                                            19                                        .
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27