Page 101 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 101
2.5 Lawatan sambil belajar ke Ekspo Pertanian Universiti Putra Malaysia sempena Pesta
Konvokesyen ke-40 UPM
Pengenalan
Pada 20 Oktober 2016 yang lalu, seramai 17 orang siswa guru PISMP Jun 2015 diiringi oleh 4 orang pensyarah
yang mengambil elektif Reka Bentuk dan Teknologi (RBTS3223 Pengenalan kepada Teknologi Pertanian) telah
menghadiri Ekspo Pertanian sempena Pesta Konvokesyen ke-40 Universiti Putra Malaysia (UPM) bertempat di
Bukit Ekspo, UPM.
Mereka dibawa melawat pelbagai pameran yang disediakan oleh warga UPM seperti projek-projek, inovasi
pertanian dan kajian-kajian yang telah mereka laksanakan yang berkaitan dengan pertanian. Terdapat sebanyak
20 pameran oleh fakulti/institut/pusat, 32 gerai jualan pelbagai, 20 gerai hasil pertanian, 13 gerai jualan orkid,
gerai jualan anak pokok, gerai jualan makanan dan minuman dan lain-lain.
Objektif
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi peluang serta pendedahan kepada siswa guru elektif
RBTS3223 Pengenalan kepada Teknologi Pertanian tentang kaedah penanaman, inovasi dalam pertanian dan
sebagainya seperti yang terkandung dalam RMK kursus.
Peserta
Peserta lawatan tersebut terdiri daripada 17 orang siswa guru PISMP Jun 2015 yang mengambil elektif Reka
Bentuk dan Teknologi (RBTS3223 Pengenalan kepada Teknologi Pertanian).
Impak
Sepanjang lawatan ini banyak manfaat yang pelajar peroleh yang secara tidak langsung dapat membantu
mereka dalam memahami dengan lebih mendalam secara praktikal tentang pertanian terutamanya tentang
kaedah penanaman, inovasi dalam pertanian dan kajian-kajian yang dijalankan oleh warga UPM.
101