Page 99 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 99
2.2 Benchmarking ke Sekolah Tunas Bakti Sg Besi, Kuala Lumpur
Pengenalan
Program ini dilakasanakan sebagai salah satu aktiviti di bawah LPS Jabatan Pengajian Sosial. Program
berbentuk koloborasi ini lebih menjurus kepada aspek perkongsian ilmu di samping bertukar-tukar maklumat
dan pandangan berkaitan bidang pengurusan dan pentadbiran.
Objektif
Memberi pengalaman baru kepada para pensyarah Jabatan Pengajian Sosial terutamanya dari aspek PdP
berkaitan dengan pelajar-pelajar yang menghadapi masalah tingkah laku devian.
Peserta
Seramai 8 orang pensyarah Jabatan Pengajian Sosial terlibat dalam program koloboratif tersebut.
Impak
Adalah diharapkan melalui program tersebut para pensyarah dapat mengaplikasikan pengalaman mereka ke
dalam bilik darjah dan menggunakan indikator yang diperoleh bagi menyelesaikan masalah disiplin dalam
kalangan siswa guru.
2.3 Lawatan Ilmiah ke Tapak Arkeologi Lenggong Perak.
Pengenalan
Lawatan Ilmiah ke Tapak Arkeologi Lenggong adalah sebagai memenuhi prasyarat kerja kursus yang perlu
dilaksanakan oleh para pelajar. Aktiviti berbentuk hands-on ini mengkehendaki siswa guru memperoleh
sebanyak maklumat yang mungkin sepanjang lawatan ke tapak arkeologi dan mereka dikehendaki
memindahkan maklumat yang diperoleh ke dalam bentuk multimedia.
Objektif
Memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada siswa guru kerana mereka sendiri turun ke lapangan untuk
meninjau segala penemuan yang terdapat di Lembah Lenggong seperti maklumat manusia zaman prasejarah
Perak Man, artifak-artifak , kehidupan masyarakat prasejarah, kesan letusan gunung berapi Danau Toba dan
sebagainya.
Peserta
Seramai 20 orang siswa guru PISMP semester 3 elektif sejarah terlibat dengan program tersebut diiringi seramai
3 orang pensyarah JPS sebagai pensyarah pengiring.
Impak
Melalui program ini siswa guru mendapat imput yang sangat berguna kerana pengetahuan yang dipelajari di
dalam bilik darjah dapat diterjemahkan secara praktikal sewaktu mereka melaksanakan kerja lapangan.
99