Page 94 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 94

untuk  mengambil  iktibar  daripada  sirah  Rasulullah  dan
               mengaplikasikannya  dalam  pendidikan  agar  menjadi  teras  dalam
               pembangunan  kehidupan  para  guru  pelatih.  Selain  itu,  program  ini
               diharapkan  dapat  meningkatkan  kesedaran  dalam  kalangan  para
               pensyarah dan siswa guru agar dapat mencontohi serta menghayati
               kehidupan  Rasulullah  SAW  sebagai  qudwah  hasanah.  Pengisian
               forum  Semarak  Cinta  Rasul  ini  memfokuskan  peranan  Rasulullah
               SAW  sebagai  muallim  di  mana  ahli  panel  menerangkan
               bagaimanakah  Rasulullah  SAW  menunjukkan  dan  mempamerkan
               teladan  yang  baik  serta  akhlak  yang agung  kepada  umat  baginda.
               Buktinya, Rasulullah SAW berjaya mengubah golongan jahil kepada
               golongan  yang  taat  kepada  perintah  Allah  melalui  pendidikan  iaitu
               dakwah secara berperingkat.



               2.2     Majlis Khatam Al-Qur’an dan Iftar Perdana 2016

               Pada 28 Jun 2016, JAPIM dengan kerjasama Persatuan Guru Pelatih  Islam (PGPI) telah menganjurkan satu
               Program Majlis Khatam al-Quran dan Iftar Perdana bersempena dengan bulan Ramadhan. Program ini diadakan
               bertujuan untuk meraikan para siswa guru, para pensyarah dan staf Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
               serta  meraikan  golongan  yang  layak  menerima  bantuan  dan  sumbangan  sempena  bulan  Ramadhan  Al-
               Mubarak. Program Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana ini diadakan secara tahunan di IPG Kampus Ilmu
               Khas  adalah  untuk  meraikan  Bulan  Ramadhan  Al-Mubarak  bersama  warga  IPG  Kampus  Ilmu  Khas  dengan
               melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran dan berbuka puasa secara berjemaah serta memberikan sumbangan
               dan bantuan kepada golongan yang memerlukan bagi pelajar dan penduduk sekitar kampus.















               2.3     Program Diskusi Moral

               Pelajar  bukan  Islam  sentiasa  didedahkan  dengan  pelbagai  aktiviti
               yang membantu guru pelatih menjadi individu yang berpengetahuan,
               berkebolehan  serta  sanggup  menghadapi  onak  dan  duri  di  luar.
               Sehubungan  itu,  satu  diskusi  moral  yang  bertajuk  “Tambah  Nilai:
               Satu  Kemestian  kepada  Bakal  Guru”  telah  diadakan.  Encik
               S.Rajanthiran A.Shanmugam, selaku Ketua Unit, Unit Psikologi dan
               Kaunseling telah dijemput untuk hadir dan menyampaikan ceramah
               bagi  diskusi  moral  tersebut.  Diskusi  Moral  tersebut  dihadiri  oleh
               seramai 120 siswa guru daripada pelbagai program di IPG Kampus
               Ilmu Khas.











                                                            94
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99