Page 90 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 90
Impak
Pertandingan ini telah disertai oleh 32 peserta dari Institusi Pengajian Tinggi Awam, Institut Pendidikan Guru,
Sekolah-sekolah sekitar Seremban dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta sekitar Negeri Sembilan. Format
pertandingan ini terbahagi kepada 2 pusingan. Pusingan awal dan akhir. Dalam pertandingan tersebut peserta
dari IPG Kampus Ilmu Khas iaitu Madihah Husna binti Noh telah berada pada kedudukan yang ke-6.
2.7 Pertandingan Pidato Piala Presiden Gagasan 2016
Pengenalan Program
Pada 15 hingga 17 Oktober 2016 iaitu Sabtu hingga Isnin IPG Kampus Ilmu Khas telah menghantar wakil ke
Pertandingan Pidato Piala Presiden Gagasan 2016. Pertandingan ini telah diadakan di Mara Digital Mall,
Kompleks Medan Mara, Kuala Lumpur. Pertandingan ini dianjurkan oleh Persatuan Gagasan Pendidikan Melayu
Malaysia (GAGASAN) dengan mendapat kerjasama dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Semasa
pertandingan ini berlangsung tempat penginapan peserta adalah di IPGK Pendidikan Teknik.
Peserta
Seorang peserta dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah mewakili institut ini. Peserta tersebut
ialah Nurhawa binti Mokhtar. Peserta IPG Kampus Ilmu Khas telah dibimbing oleh Encik Amat Tarop bin Sumo.
Impak
Pertandingan ini telah disertai oleh 25 peserta dari Institut Pendidikan Guru dari seluruh Malaysia. Format
pertandingan ini terbahagi kepada 3 pusingan. Pusingan pertama, separuh akhir, dan akhir. Dalam
pertandingan tersebut peserta dari IPG Kampus Ilmu Khas iaitu Nurhawa binti Mokhtar telah berada pada
kedudukan yang ke-21.
2.8 Pertandingan Debat Perdana Gender Kali Ke-6 Tahun 2016
Pengenalan
Pada 18 hingga 21 November 2016 iaitu Jumaat hingga Isnin IPG Kampus Ilmu Khas telah menghantar wakil ke
Pertandingan Debat Perdana Gender. Pertandingan ini telah diadakan di Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia. Pertandingan ini mendapat kerjasama dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat melalui agensinya NAM Institute for the Empowerment of Women (NIEW).
Peserta
Satu pasukan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah mewakili institut ini. Peserta tersebut ialah:
i. Muhamad Hakim bin Azaman@Azman
ii. Nurhawa binti Mokhtar
Pasukan IPG Kampus Ilmu Khas telah dibimbing oleh Encik Amat Tarop bin Sumo.
Impak
Pertandingan ini telah disertai oleh 56 pasukan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dari seluruh
Malaysia. Format pertandingan ini terbahagi kepada 5 pusingan. Pusingan pertama, pra suku akhir, suku akhir,
separuh akhir, dan akhir. Dalam pertandingan tersebut pasukan dari IPG Kampus Ilmu Khas berada pada
kedudukan yang ke-30.
90