Page 88 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 88

Peserta
               Sebanyak 28 orang peserta dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta seluruh Malaysia telah mengambil
               bahagian dalam pertandingan ini. Peserta dari IPG Kampus Ilmu Khas iaitu Saudari Nurhawa binti Mokhtar dari
               kelas G2.6 yang dibimbing oleh Encik Amat Tarop bin Sumo.

               Impak

               Saudari Nurhawa binti Mokhtar telah berjaya mendapat tempat ke-8. Kejayaan ini amat membanggakan kerana
               satu-satunya wakil dari IPGM yang berjaya berada dalam kelompok sepuluh terbaik di Malaysia.

               2.3     Pertandingan Cabaran Debat Muda 21 Tahun Untuk Alaf 21 (CDM 2121) 2016

               Pengenalan

               Pada 1 April hingga 4 April 2016 iaitu Jumaat hingga Isnin IPG Kampus Ilmu Khas telah menghantar wakil ke
               Pertandingan Debat Cabaran Debat Muda 21 (CDM2121) antara Institusi Pengajian Tinggi untuk kali keempat.
               Pertandingan debat ini telah diadakan di Universiti Teknologi Petronas. Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab
               Debat Universiti Teknologi Petronas dengan kerjasama Universiti Teknologi Petronas.

               Peserta

               Satu pasukan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah mewakili institut ini. Peserta yang terlibat
               ialah.

                       i.     Anisah binti Mohd Haizald
                       ii.    Nurhawa binti Mokhtar
                       iii.    Nor Husnina Binti Mohamad
               Pasukan IPG Kampus Ilmu Khas telah dibimbing oleh Encik Amat Tarop bin Sumo.

               Impak

               Pertandingan ini telah disertai oleh 42 pasukan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dari seluruh
               Malaysia. Format pertandingan ini ialah Parlimen Malaysia. Pertandingan ini terbahagi kepada 5 pusingan awal,
               suku akhir, separuh akhir, dan akhir. Dalam pertandingan tersebut pasukan dari IPG Kampus Ilmu Khas telah
               berada pada kedudukan yang ke-24 daripada 42 pasukan.

               2.4     Pertandingan Pidato ADIN

               Pengenalan

               Pada  23 April 2016 iaitu Sabtu, IPG Kampus Ilmu Khas telah menghantar wakil ke Pertandingan Pidato ADIN.
               Pertandingan ini telah diadakan di Dewan Gemilang, Kolej Kediaman 12, Universiti Malaya.  Pertandingan ini
               dianjurkan oleh Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah, Universiti Malaya. Pidato ini bertemakan demokrasi dan
               hak asasi.


               Peserta
               Seorang peserta dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah mewakili institut ini. Peserta tersebut
               ialah Nurhawa binti Mokhtar. Peserta IPG Kampus Ilmu Khas telah dibimbing oleh Encik Amat Tarop bin Sumo.




                                                            88
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93