Page 85 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 85
2.5 Pertandingan Dendangan Syair
Pengenalan Program
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan pertandingan dendangan syair antara Institut Pengajian
Tinggi Awam, Institut Pengajian Swasta, dan Institut Pendidikan Guru. Pertandingan ini diadakan sempena
Karnival Bulan Bahasa dan Sastera 2016 yang berlangsung dari 25 – 30 Oktober 2016 di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Pertandingan ini bertujuan menyemarak dan memartabatkan Puisi Melayu
Tradisional dan melestarikan khazanah yang tidak ternilai ini. DBP bertanggungjawab untuk memperkukuh
minat, kecenderungan, dan kecintaan terhadap puisi lama yang perlu dipupuk dalam kalangan generasi muda.
Objektif Program
i. Untuk menyuntik minat dan kecintaan generasi muda terhadap puisi Melayu tradisional sebagai warisan
khazanah bangsa yang amat bernilai.
ii. Untuk mengukuhkan kefahaman dan apresiasi puisi Melayu tradisional dalam kalangan generasi muda
dalam bentuk yang lebih menarik dan menghiburkan.
iii. Untuk melahirkan bakat muda dan pelapis dalam bidang penyampaian puisi tradisional agar dapat
diketengahkan dalam pelbagai acara seni sastera.
iv. Melahirkan generasi muda yang teguh jati diri agar menghargai bahasa dan warisan budaya bangsa yang
diwarisi sehingga ke hari ini.
Peserta
IPGKIK telah menghantar tiga orang peserta untuk menyertai pertandingan tersebut, iaitu;
1. Marylin Anne Anak Michaewl Jeali
2. Nur Khadijah binti Mahdar
3. Aina Sofiya binti Ahmad Fauzi
Peserta Kampus IPGKIK :
Marylyn Anne , Nur Khadijah dan Aina Sofiya
Kejayaan
Pertandingan Dendangan Syair Peringkat Akhir 2016 ini telah diadakan pada 19 November 2016 bertempat di
Dewan Perdana, UKM. Marylyn Anne Anak Michael Jeali mewakili IPGKIK telah dinobatkan sebagai Naib Johan
dalam pertandingan tersebut mengalahkan beberapa peserta dari Pusat Pengajian Tinggi dan Institut
Pendidikan Guru Malaysia. Beliau menerima wang tunai sebanyak RM 300, sijil, dan beberapa buah buku
daripada pihak DBP. Persembahan yang ditonjolkan menggunakan melodi syair rakis. Instrumen keyboard telah
dimainkan oleh siswa guru dari Jabatan Muzik yang bernama Nurul Aqilah binti Mohd Ariffin.
85