Page 82 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 82
Peserta
Program DeTIK ini telah diadakan pada 07 Oktober 2016 sehingga 10 Oktober 2016 bertempat di IPG Kampus
Ilmu Khas. Sebanyak 60 pasukan dan 120 pendebat dari institut pendidikan guru, universiti awam, institusi
pendidikan tinggi swasta, dan politeknik telah menyertai pertandingan debat pada kali ini berbanding 40 pasukan
pada penganjuran tahun lalu. Pertandingan seumpama ini telah diadakan setiap tahun bagi menyemarakkan
bulan bahasa kebangsaan. Selain itu, semua pensyarah dan pelajar daripada jabatan lain turut serta dalam
melaksana dan menjayakan program tersebut.
Kejayaan
Pertandingan akhir DeTIK telah berlangsung dengan meriah dan jayanya pada 10 Oktober 2016. Pertandingan
ini berlangsung di Dewan Dato‟ Razali Ismail, IPG Kampus Ilmu Khas. Dalam pertandingan akhir ini, pasukan
pendebat IPGKIK telah berjaya merangkul naib juara selaku kerajaan penutup yang melayakkan mereka
menerima piala individu, wang tunai RM1,500 dan sijil penghargaan. Pertandingan akhir membawa usul 'Dewan
ini Percaya Tanggungjawab Melahirkan Kepimpinan Muda Terletak pada Institusi Pendidikan' adalah kemuncak
kepada penganjuran selama empat hari DeTIK 2016 bermula 7 Oktober hingga 10 Oktober.
Impak
i. Memberi pengalaman kepada siswa guru khususnya untuk menganjurkan program berskala besar.
ii. Mengiktiraf kepakaran warga IPGKIK kepada pihak luar dalam pelbagai bidang termasuklah bidang
kebahasaan.
iii. Memberi publisiti positif khususnya IPGKIK berkaitan fungsi dan peranan serta kemudahan kepada
masyarakat.
Penyampaian hadiah oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P. Kamalanathan
82