Page 77 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 77

kreatif dan menarik kepada para pensyarah  sebagai usaha untuk meningkatkan pengetahuan isi kandungan
               dalam pelbagai subjek yang berkenaan.















               2.2     Program Meneroka Dunia Angkasa Lepas
























               Jabatan Matematik dan Sains amat komited dalam menghasilkan siswa guru yang mempunyai kompetensi tinggi
               dalam amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan
               pembelajaran Matematik dan Sains. Program Meneroka Dunia Angkasa Lepas adalah sebagai sokongan bagi
               kursus elektif teras SCES3033 Bumi dan Angkasa Lepas bagi siswa guru program PISMP Ambilan Jun 2015.
               Sejumlah sepuluh orang siswa guru dari kumpulan G2.2, G2.3, G2.6 dan G2.9 sedang mengambil kursus elektif
               teras ini semasa di Semester 2, Tahun 1. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan terus kepada siswa
               guru  tentang  bidang  astronomi  melalui  strategi  kajian  lapangan  ke  Planetarium  Negara,  Kuala  Lumpur.
               Pengisian program ini dapat membantu menyediakan maklumat tentang alam semesta, pergerakan bumi dan
               kesannya  kepada  iklim  dunia,  fenomena  suria  dan  sistem  suria  seperti  yang  terdapat  dalam  Ringkasan
               Maklumat  Kursus.  Siswa  pendidik  juga  dapat  mendengar  perkembangan  terkini  tentang  kajian  yang  sedang
               dijalankan  di  Matahari.  Di samping  itu,  mereka juga  dapat  menjalankan  amali penggunaan  teleskop  di  Balai
               Cerap Planetarium Negara.

















                                                            77
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82