Page 74 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 74
2.4 Kursus Aplikasi eBorang (Google Forms) pada 07/09/2016
Pengenalan
Pengenalan kepada Google Forms sebagai satu aplikasi yang boleh diguna pakai secara kreatif dan variasi
dalam PdP dan Pengurusan di IPGKIK.
Objektif
i. Membina kuiz mudah menggunakan Google Forms.
ii. Membina kuiz dengan add-on menggunakan Google Forms
iii. Membina borang kaji selidik dan borang penyertaan menggunakan Google Forms.
Peserta
25 orang pensyarah
Impak
Peserta berjaya menghasilkan borang soal selidik untuk digunakan semasa membuat kajian penyelidikan.
2.5 Kursus Online Learning (OLL) pada 26/10/2016 dan 08/11/2016
Pengenalan
IPGKIK kini dalam proses untuk mewujudkan bahan pembelajaran yang boleh diakses di mana-mana sahaja
melalui laman web. JTP telah diamanahkan untuk melaksanakan e-learning di IPGKIK. Ini adalah bagi
memastikan pengajaran dan pembelajaran berasaskan e-Pembelajaran mencapai piawaian global dan mampu
meningkatkan kualiti graduan IPGKIK. Polisi ini akan dikemas kini dari masa ke masa sejajar dengan keperluan
semasa dan perkembangan teknologi.
Objektif
i. Sebagai rujukan berkaitan prosedur dan pelaksanaan e-Pembelajaran di IPGKIK.
ii. Menjelaskan peranan JTP, pensyarah dan pelajar berkaitan e-Pembelajaran di IPGKIK
iii. Sebagai kerangka pelaksanaan e-Pembelajaran IPGKIK ke arah meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran.
Peserta
40 pensyarah
Impak:
Pensyarah berjaya mengemas kini tapak OLL yang disediakan dengan memuat naik bahan dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
2.6 Pencapaian Jabatan
Bil Aktiviti Tarikh Pensyarah/Pelajar Peringkat
1. Karnival Inovasi Pendidikan 2016. 18 – 20 April Semua Pensyarah JTP Institut
2016
(a) Johan KIK – Kumpulan Inovasi
Kreatif : Sistem e-UNDI
74